Teori kapal terbang Germanwings terhempas
Pembantu juruterbang alami masalah peribadi
Andreas Lubitz |
Pasukan penyiasat nahas kapal terbang milik Germanwings telah membuat analisa awal dengan menyatakan pembantu juruterbang, Andreas Lubitz mempunyai masalah peribadi semasa bertugas.
Selepas meneliti rekod kotak hitam, penyiasat mendengar bunyi ketukan yang kuat di dalam kapal terbang yang mana penyiasat menyimpulkan bahawa juruterbang terkunci dari luar dan telah mengetuk pintu kokpit supaya pembantu juruterbang dapat membuka pintu kokpit.
Namun setelah menyedari kapal terbang mula menjunam, juruterbang mengetuk pintu kokpit dengan lebih kuat. Namun tiada tindakbalas dari pembantu juruterbang.
Kotak hitam pesawat Germanwings |
Teori kapal terbang terhempas
Penyiasat juga telah membuat teori awal kemungkinan terjadinya nahas ini.Teori kapal terbang Germanwings terhempas |
Pembantu juruterbang sepatutnya boleh membuka pintu kokpit kerana terdapatnya CCTV di bahagian kokpit yang membolehkan pembantu juruterbang melihat keadaan luar kokpit dari dalam kokpit. Juruterbang juga telah mengakses pintu kokpit dengan kata laluan namun di nafikan oleh pembantu juruterbang dengan menekan suis di panel kapal terbang yang mengakibatkan kata kunci dinyahaktifkan.
Penyiasat juga mendengar suara teriakan dari penumpang pesawat sebelum kapal terbang itu terhempas semasa menganalisa kotak hitam pesawat.
Dalam pada itu juga, pihak berkuasa telah menggeladah rumah Andreas Lubitz bagi mencari bukti-bukti kukuh.
tak dapat bayangkan detik2 cemas mereka semua ketika itu..
ReplyDeleteseramnyaaa!!!!
ReplyDeletekesian insan yang tak bersalah tu kan...
ReplyDeletefuh....macam-macam perihal sekarang ini
ReplyDeletemakin takut nak naik flight wayne harraz
ReplyDeleteberita yang kitorang dapat dekat sini plak kata, dah geledah rumahnya, diorang jumpa rekord masalah kesihatan co-pilot tuh...mybe dia stress kot dgn penyakit dia, sebab tuh dia nak suicide...tapi wallahualam....xtaulah ape sebenarnya yang berlaku..kann
ReplyDeleteOk, nk fly minggu dpn. Gabra lebih dah ni.
ReplyDeleteomaimai
ReplyDelete