Dua buah pesawat Jupiter milik Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) terhempas ketika melakukan latihan aerobatik sempena LIMA '15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, Langkawi
Nahas kira-kira jam 2 petang itu berlaku ketika sekumpulan enam pesawat jenis KT-1B itu sedang melintasi ruang udara MIEC, sebelum dua daripadanya berselisih dan terbabas.
Kedua-dua pesawat kemudian dilihat terhempas di luar kawasan lapangan terbang, disusuli api dan kepulan asap.
Beberapa saksi melihat juruterbang sempat melompat keluar dengan payung terjun sebelum pesawat terhempas. Melalui gambar yang tersebar, kedua-dua juruterbang berkenaan telah ditemui dalam keadaan selamat.
Takutnyer tgk ..kat kawasan rumah org pulak tu kan kan
ReplyDeletemesti ada kes pesawat terhempas kan, scary
ReplyDeleteSeram nengoknyr.. Semua selamat.. Alhamdulillah..
ReplyDelete