Rawatan akupuntur
Hari sabtu lepas, Abe We bawalah Danish pergi rawatan akupuntur di Pelangi Damansara. Nama tempatnya Low Acupuncture & Traditional Medicine.
Klinik akupuntur
Bagi sesiapa yang kurang pasti tempat ini di mana, ia nya terletak di belakang IKEA lebih kurang dalam 1.5 - 2 kilometer di belakang IKEA. Klinik ni berada di sebelah kanan. Paling jelas trademark dekat kawasan tu ialah restoran Global Ikhwan Sdn Bhd (geng al-arqam) dan juga di sebelahnya ada 99 speedmart.
Doktor Low ini memang pakar dalam akupuntur. Abe We, Mama Harraz, Atuk Harraz, Nenek Harraz dan Aunty Harraz semua pernah pergi sini.
Cara rawatan Doktor Low ini, dia mengesan penyakit dengan membetulkan tulang belakang. Sebenarnya, tanpa kita sedar, tulang belakang kita berkemungkinan bengkok yang mana ini akan menyebabkan kita di serang pelbagai penyakit. Dari itu, Doktor Low akan membetulkan kedudukan tulang belakang kita dahulu, di ikuti dengan rawatan akupuntur.
Tujuan Abe We bawa Danish pergi sini kerana Aunty Harraz telah mengesan berkemungkinan tulang belakang Danish bengkok dan dadanya sedikit ternaik. Masa Danish umur 6 bulan, Danish pernah terjatuh katil. Mungkin Danish tengah berangan-angan nak jadi penerjun negara agaknya. Heheee..,
Tapi, bila Abe We talifon Doktor Low, dia kata kalau budak tu aktif dan tak ada tanda-tanda negatif, tak perlu dapatkan rawatan. Sebabnya, budak-budak akan membesar, dan mereka akan kerap jatuh. So, kalau betulkan sekarang, kemudian hari akan berlaku lagi dan ongkos rawatannya pun ehem-ehem....... Tapi tak apalah, Abe We bawa untuk pergi check sajalah.
Buat apa datang sini ek? |
Lari-lari kita happy.... |
Gambar masa rawatan Abe We tak dapat nak ambil. Sebab Abe We pegang Danish. Bayangkanlah doktor tu tekan tulang belakang Danish. Memang menangis lah. Lepas sudah tekan, doktor cucuk 3 batang jarum akupuntur dekat tengkuk (2), dekat bawah dagu (1) untuk adjust Danish cepat cakap.
Harga akupuntur
Harga rawatan akupuntur ini ialah:-
Pendaftaran = RM70
Tulang Belakang = RM250
Jarum = RM10/batang
Kalau harga rawatan orang dewasa biasanya serendah RM300++. Biasanya Abe We buat 2 kali rawatan. Mahal kau. Hahaha.....
Lepas rawatan akupuntur ni, setengah jam selepas rawatan kita tak boleh minum, 4 jam selepas rawatan kita tak boleh kena air dan angin. Tahan je lah dalam masa 4 jam tu ye.
Lepas tu puas menangis, kami jalan-jalan di IKEA dan Danish pun................................
Capek sekali badan gue. |
tak boleh kena angin dan air? maksudnya?
ReplyDeletemaksudnya...nnt akupuntur tu xmenjadi lah. hard to explain. cth mcm kita mkn ubat xblh dengan air manis. tak berkesan.
DeleteLena tidur lepas menahan sakit rawatan..
ReplyDeleteBanyak pula pantang larang nya aduh 4 jam tak boleh kena angin
ReplyDeletesakit tak??huhuhu...ada maca buat bekam tak? (bekam pun along belum pernah buat)
ReplyDelete