Bantuan Usahawan Belia Negeri Johor
KHAS WARGA JOHOR.
Bantuan RM5,000 untuk perniagaan tanpa bayaran balik.Tarikh tutup 31 May 2015
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN USAHAWAN BELIA
1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia beragama Islam dan anak jati Negeri Johor:-
a. Lahir di Negeri Johor. Status kad pengenalan 01/23 dan anak jati Johor menetap di Negeri Johor tidak kurang 5 tahun berturut-turut dari tarikh permohonan dibuat.
2. Pendapatan kasar bulanan pemohon dan keluarga tidak melebihi RM4,000.00 sebulan.
3. Perniagaan yang diceburi mestilah berlandaskan syariah Islam dan mematuhi undangundang pihak berkuasa dan telah ada premis perniagaan sendiri. Keutamaan kepada pemohon yang telah menjalankan perniagaan bagi tempoh setahun ke atas.
4. Pernah menjalankan kegiatan perusahaan atau perniagaan yang berhubung kait dengan tujuan permohonan bantuan.
5. Perniagaan mesti berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
6. Keutamaan kepada belia Islam berumur 18 hingga 40 tahun.
7. Dokumen sokongan yang WAJIB disertakan adalah seperti berikut:-
a. Salinan kad pengenalan pemohon yang disahkan.
b. Salinan sijil pendaftaran syarikat (sijil pendaftaran mestilah atas nama pemohon) yang disahkan.
c. Salinan Buku Bank / Penyata Bank yang memaparkan No. Akaun Bank Syarikat
d. Salinan pendapatan atau surat akuan pendapatan yang disahkan.
8. Pengesahan hanya boleh disahkan oleh :-
a. Borang Permohonan dan Dokumen sokongan Ahli Parlimen / ADUN / Pegawai Kumpulan A /Penghulu / Ketua Kampung
b. Sokongan Tambahan (Jika ada) Pemimpin Masyarakat
9. Permohonan boleh mendapatkan borang secara percuma di pejabat Perbadanan Islam Johor atau di laman web rasmi PIJ – www.pij.gov.my
10. PIJ berhak menolak permohonan sekiranya borang permohonan tidak dilengkapkan sepenuhnya atau dokumen sokongan tidak disertakan.
11. Borang yang telah lengkap hendaklah dimajukan kepada :-
Pengurus Besar
Perbadanan Islam Johor.
Aras 6, Bangunan PIJ Holdings,
No. 8 Jalan Bukit Timbalan,
80000 Johor Bahru,
Johor Darul
12. Jika berjaya, permohonan akan diberikan bantuan sebanyak RM5,000.00 melalui akaun syarikat.
13. Pemohon hanya dibenarkan memohon satu sahaja program tajaan.
14. PIJ tidak akan memberikan bantuan ulangan RM5,000 untuk Lebih 1 tahun mempunyai premis RM500 bawah 1 tahun
boleh dapatkan borang di http://www.pij.gov.my/BANTUAN%20USAHAWAN%202015.pdf
atau layari web http://www.pij.gov.my/
good info
ReplyDeleteermmm... bagus info ni.. boleh disebar luaskan... :)
ReplyDelete