Tuesday, 12 May 2015

Bengkel kereta pilihan Abe We

Bengkel Melayu pilihan Abe We

Sejak Abe We sudah mentalakkan service center kereta Abe We, Abe We akhirnya jumpa bengkel kereta yang membuatkan Abe We berpuas hati dengan servis dan juga HARGANYA.

Bengkel melayu dengan harga murah

Ceritanya begini, Abe We pada mulanya tercari bengkel kereta yang mampu memberikan kita penjimatan dengan servis yang elok.


Pada suatu hari, pak mertua Abe We sarankan ke bengkel kereta Capture Garage yang terletak di Dengkil. Kereta pak mertua Abe We mengalami masalah di tayar. Sudah 2 3 4 5 6 kedai dia pergi. Semuanya gagal menyelesaikan masalah bunyi di tayar. Akhirnya dia cuba ke bengkel ini dan masalah tu selesai.


Bukan itu sahaja, Abe We pernah tukar bearing tayar belakang kereta Abe We. Mulanya Abe We ke kedai C, bila dia buka bil, dia bagi harga RM200++ termasuk GST. Padahal 1 bearing je nak tukar. Sampai RM200++ memang sangat mahal. Lepas tu Abe We call pemilik bengkel Capture Garage ni, dan dia memberikan harga RM130.00 SAHAJA. 

Apalagi, seperti orang mengantuk di air-condkan, terus Abe We ke bengkel tu dan tukar bearing tayar belakang.


2 comments: