Tuesday, 12 May 2015

Denda, Penjara Jika Tidak Solat Jumaat Di Kedah

Denda, Penjara Jika Tidak Solat Jumaat Di Kedah

Alhamdulillah. Sejuk bila dengar berita dari IKIM fm pagi tadi. Susah nak jumpa negeri yang berani buat peraturan macam ni. Moga-moga semua negeri boleh buat peraturan macam ni dan jangalah kita yang lelaki terpaksa pergi masjid sebab takut kena denda.

Denda, Penjara Jika Tidak Solat Jumaat Di Kedah

Peraturan baharu denda dan penjara jika tak solat Jumaat tiga kali berturut mulai 1 Jun 2015 di Kedah. Pihak Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) kini menguatkuasakan peraturan baharu dimana umat Islam Lelaki yang ponteng solat Jumaat tiga kali berturut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 dan Penjara tidak melebihi 6 Bulan atau kedua-duanya sekali. Orang awam yang ingin melaporkan individu tidak solat Jumaat boleh dapatkan borang aduan ketidakhadiran solat Jumaat di pejabat-pejabat agama daerah Kedah dan maklumat pelapor akan dirahsiakan.
Denda & Penjara Tak Solat Jumaat Mulai 1 Jun 2015 Kedah
  • Denda: Tidak melebihi RM1,000
  • Penjara: Tidak melebihi 6 Bulan
Cara Buat Aduan Umat Islam Lelaki Tidak Solat Jumaat
Orang awam yang ingin melaporkan individu tidak solat Jumaat boleh mengisi borang aduan ketidakhadiran solat Jumaat di pejabat-pejabat agama daerah Kedah. Keputusan mengenakan hukuman adalah berdasarkan pemerhatan saksi terdekat yang melihat individu tersebut tidak pernah solat Jumaat. Turut dimaklumkan bahawa maklumat pelapor akan dirahsiakan.
Denda, Penjara Jika Tidak Solat Jumaat Di Kedah



sumber: melvister.com , 

2 comments:

  1. Alhamdulillah, bagus buat macam ni. Fair kepada semua orang. Biar mula-mula rasa terpaksa, lama-lama bertukar kepada kerelaan diri sendiri bersolat jumaat :)

    ReplyDelete
  2. harap seluruh Malaysia dpt buat camni. dan jgn pula ada yg bantah. yg bantah tu nmpk sgt lah.....

    ReplyDelete