Selamat Hari Guru
16 Mei, para murid-murid menyambut hari guru di sekolah. Banyak kenangan yang berlaku semasa kita di sekolah dulu. Kalau nak sebut, memang tak terkata. Zaman 60-an, 70-an, 80-an dan 90-an guru-guru sangat di takuti dan di segani. Berbeza apabila menjelang alaf baru.
Kenangan masa sekolah
Abe We ingat lagi, kalau dulu kita kena rotan, sampai ke sudah kita tak bagi tahu ibu bapa kita. Bukannya apa, kalau bagi tahu pun, kita pula kena balik. Baik senyap je.
Bila masa PJK, ini lah saat yang paling di nanti. Cikgu ambil sebiji bola, lempar dekat padang, berdesup kita main. Hahahaha....
Borang OMR
Siapa ingat lagi borang OMR ni? Jap, Abe We cek maksud dia. Sumpah Abe We dulu memang tak ambil peduli maksud borang ni.
OMR bermaksud "Optical Mark Reading" dan Abe We masih ingat lagi, masa PMR dan STPM, cikgu selalu ingatkan. Hitamkan keseluruhan kotak jawapan, nanti mesin OMR reject jawapan kita. OOO, rupanya mesin baca OMR macam dekat bawah ni.
Kisah borang OMR
Ini adalah kisah paling misteri di dalam blog Abe We. Kisah ni terjadi masa Abe We form 3. Idea ini Abe We dengar sendiri dari mulut seorang cikgu masa hujunh tahun form 2. Masa tu dah habis periksa hujung tahun.
Salah satu teknik menanda kertas jawapan adalah dengan melubangkan borang OMR. Jadinya, seorang cikgu dapat menanda dengan pantas borang OMR tu.
Teknik menjawab di borang OMR
Abe We telah mempraktikan teknik menjawab kertas soalan dengan tahap kegeniusan 200%. Teknik ini hanya di pelopori oleh 4 orang pelajar sahaja termasuk Abe We.
Tekniknya mudah. Objektik teknik ini ialah, untuk mendapatkan markah semaksima yang boleh dengan menanda borang OMR. Abe We harap +Cikgu Norazimah (ahli efg) dan murid-muridnya tidak membaca entri ini.
Teknik yang Abe We pelopor di sekolah Abe We ialah dengan menanda ke empat-empat jawapan iaitu A, B, C dan D. Dengan menanda kesemua jawapan, tentunya jawapan Abe We tepat.
Antara kertas ujian yang Abe We buat uji kaji ialah Geografi, Matematik dan Sejarah.
Keputusan menjawab di borang OMR
Setelah habis peperiksaan, keputusan Geografi, Matematik dan Sejarah amat mengejutkan kami semua. Geografi Abe We dapat 72 peratus. Paling tinggi dalam kelas.
Matematik dan Sejarah memang amat mengejutkan kebanyakan cikgu di sekolah Abe We. Sehinggakan guru kelas Abe We pun tak percaya.
Keputusan peperiksaan dan hadiah dari cikgu
Matematik dan Sejarah keputusannya....................................................
Kami kantoi menipu. Kah...kah...kahh....... Matematik Abe We hitamkan 8 jawapan manakala Sejarah 12 jawapan. Hadiah yang kami terima berupa sebuah cubitan mesra dan manja dari seorang guru perempuan (masa tu dia anak dara lagi!). Cubitan mesra dan manja itu di lepaskan ke atas perut kami semua....pergkhhhh....nyaman gitu.....(puihhh)
Itu semua kisah lama. Sebenarnya GURU ini bukan hanya cikgu di sekolah, tadika, IPT, malah rakan kita, boss kita, ibu bapa, adik beradik, saudara dan sesiapa juga boleh menjadi guru kita. Bahkan kita juga boleh menjadi guru kepada sesiapa sahaja.
Jom layan lagu Terima Kasih Guru ini dan sajak sempena hari guru
“GURU O GURU” – USMAN AWANG (1979)
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
sumber
Agak terlupa pasal borang omr ni. Tq abe we. Menggamit kenangan ni..
ReplyDeletedulu cikgu2 suka minta tolong tandakan jawapan utk borang omr....
ReplyDeleteDulu-dulu cikgu bagi tips tanda jawapan dalam borang omr. Siap ada trends naik turun tu :D
ReplyDeletehahaha . kisah borang omr tu kite ada jugak .selalu kalau x konfem sangat dengan jawapan, kira berapa a b c d . sebab bilangan jwpn A B c d yang kite tanda tu kena balance, baru lega sikit hati . kalau x balance pon, sipi sipi ok la. xde la ketara sangt.hahaha
ReplyDeleteteknik lela ni nasib2 je. teknik abe we memang bekesan utk di denda. hahahaa
Deletekahkahkahkah!
ReplyDeletehitamkan semua ABCD nampak obvious sangat..kalau taknak kantoi cuba hitamkan dua jawapan saja...50/50 kemungkinan utk betul
ReplyDeleteada yg hitamkan semua jawapan, ada yg 2 shj. ikut kadar kemalasan masa tu
Delete