Tuesday 21 January 2020

Tips mudah elak kutu beras

Cara Mudah & Berkesan Untuk Halau Kutu Beras


Ok, hari ni Abang Wayne nak share tips simpan beras yang bebas kutu beras. Setakat ni Abang Wayne buat jadi. Alhamdulillah. Jom baca Cara Mudah & Berkesan Untuk Halau Kutu Beras.


Kutu beras membiak bila lama tak guna beras


Ok. Masalah pembiakkan berskala besar kutu beras ni hadir bilamana kita jarang masak. Menurut dari sumber pembacaan di Google, kutu beras ni telah bertelur masa di kilang lagi. Jadinya, bila kita dah beli tu, memang ada telur kutu ni dalam beras. Bila kita biarkan lama, dia pun menetas.

Tips mudah elak kutu beras


Ok. Abang Wayne nak share tips yang paling ringkas dan mudah sekali. Kebiasaan, orang akan letak cili kering atau kayu manis. Tapi kadang-kadang tak berkesan.

Cara yang paling mudah sekali ialah pek kan beras yang kita beli dalam plastik kecil dan letakkan beras-beras tersebut dalam peti ais. Pakai lah plastik yang jernih yang saiznya macam kita bungkus air ikat tepi tu. Saiz macam tu tau. Bukan plastik air tu. Lepas dah bungkus beras tu dalam plastik tu, jangan lupa ikat plastik tu. Kang tak pasal-pasal ayam dalam peti ais kita makan beras tu.

Ada orang tanya, tak basah ke letak beras dalam peti ais. Jawapan dia tak. Melainkan kita basuh beras tu. Baru lah dia basah.

Abang Wayne ada juga letak nescafe dengan kopi dalam peti ais. Ok je. Kering je. Tak basah pun.

2 comments:

  1. wah bagus jugak idea ni. tak pernah terfikirkan lah plak. huhu

    ReplyDelete
  2. ooo rupanya kutu tu datang daripada telur yang dah ada dalam beras, tq bro perkongsian yang bermanfaat. Jemput singgah dan berkenalan

    ReplyDelete