Wednesday 30 September 2020

Bahaya buaian dalam kereta

Trend buaian dalam kereta merbahaya

Buaian dalam kereta undang maut

Salam semua pembaca. Lama sungguh Abang Wayne tak menulis. Dalam kesibukan Work from home di musim PKP ni antara tajuk yang menarik minat Abang Wayne adalah buaian dalam kereta.


Abang Wayne pun tak pasti dari mana dan siapa yang mulakan idea yang sangat tidak bijak ni. Abang Wayne tegaskan di sini bahawasanya BUAIAN DALAM KERETA ADALAH SANGAT MERBAHAYA kepada bayi anda. Please use your brain dear parents.

Abang Wayne pun ada anak yang memang suka tidur dalam buai. Balik kampung dah memang ada 1 buai standby dekat sana. Tak payah nak usung buai naik kereta. Kita letak je buai dekat kampung. Bila tak guna, kita simpan. Bila anak dah besar, jadilah tukun atau pun gajah putih. Hahahaha.


Kementerian Kesihatan pun sudah membuat dan memuatnaik tentang bahaya buaian dalam kereta. Jika sayangkan anak, bukan ini caranya. Belilah car seat. Ada ja yang murah. Tak sampai RM200. Dekat Shopee ada je jual.


Gambar screenshot di atas ni, Abang Wayne search dalam Shopee. Tengoklah hargannya. Murah je. Yang penting, parents kena pilih car seat yang ada certified JPJ MIROS atau pun ECE. 2 certification ni yang di benarkan untuk di gunakan.

Jangan kata tak mampu beli ye. Maaf kata, zaman sekarang, parents semua handphone mahal-mahal belaka. Rata-rata pakai handphone RM1,000.00 ke atas harganya. Jadinnya, anda sebagai parents mampu sebennarnnya.

Ataupun, paling teruk, bila dah tau wife pregnant, kumpullah duit RM50 sebulan. Cukup 4 bulan, boleh beli car seat. Atau cari preloved car seat. Abang Wayne ada 2 preloved car seat. 1 car seat yang memang beli baru. Walaupun preloved, tapi car seat ni masih elok.

Bagi parents yang sayangkan anak, ingatlah bahawa buaian dalam kereta itu sangat merbahaya. Bila brek emergency, bayi anda yang akan kehadapan dahulu terus menuju ke cermin hadapan kereta. Tapi, bila anda pakai car seat, bayi anda akan di pegang oleh seat belt car seat dan juga seat belt kereta.

Jadilah parents yang bijak bukannya terikut trend yang bodoh.

Bye.

4 comments:

  1. ini parents yang malas nak dodoi anak dalam pangkuan kot.. i have never thought of doing this sbb kita kalau terhantuk sikit pun dah sakit inikan pulak baby

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Invest sikit lah beli car seat. Car seat pun yang murah elok juga. harga pun dah murah sekarang. tak macam 7-8 tahun lepas. ni semua sebab nak senang.

      Delete
  2. Allahu bahaya sangat ni, guna lah car seat untuk keselamatan anak-anak.

    ReplyDelete