Tuesday, 30 June 2015

#Cabaran20Hari | Menu Wajib Bulan Puasa

#Cabaran20Hari | Menu Wajib Bulan Puasa

Hari ke-4 #Cabaran20Hari, kita bercerita pasal menu wajib berbuka puasa. Lain belalang, lain padang, lain padang, lain bola, lain bola, lain player salah pantun sudah.....

Foto kredit to amysheera.com

Berbicara  mengenai menu wajib berbuka puasa ni, kalau nak ikutkan hati, macam-macam menu nak di jadikan menu wajib.

Tapi kali ni, Abe We nak kongsi menu yang super duper handal bila kita berbuka puasa. Kalau pekena menu ni, confirm memang puas.

Resipinya mudah sangat. Bahkan budak sebaya Upin dan Ipin pun boleh melakukannya. 

Nak tak kalau Abe We kongsikan resipi Murtabak Cheese macam dalam blog Amysheera? (Abe We yang orang Johor ni pun tak pernah makan lagi!!!!)

Okok. Ni resipi wajib Abe We bersempena Ramadhan. Tapi kena rahsiakan resipi ni ye. Sebab, resipi ni turun temurun. Bukan senang nak dapatkan resipi ni. Untuk dapatkan resipi ni, ikuti cara yang di sediakan di bawah ini.

Mula-mula, ambil cerek dan tadahkan air di dalamnya. Bila sudah penuh, tutup paip air. Bagi mereka yang menggunakan cerek elektrik, masak gunakan elektri. Bagi yang menggunakan dapur gas, sila masak dengan dapur gas.

Kemudian, bila air sudah mendidih, tutup dapur gas tadi.

Ambil mug atau gelas. Tuangkan air panas tadi sebanyak suku gelas/mug.

Kemudian campurkan dengan air masak biasa bagi mendapatkan suhu suam-suam.

Pastikan air tadi di sediakan 5-10 minit sebelum waktu berbuka.

Apabila azan sudah berkumandang, boleh berbuka dengan air suam dahulu.

Sekian, menu wajib Abe We untuk bulan Ramadhan. Jumpa kita pada episod yang akan datang




Intro
Erti puasa
Pengalaman sahur
Hidangan sahur paling ringkas


Image and video hosting by TinyPic

8 comments:

  1. Adehhhh. terkenang martamak muar. Sejak kawen org muar ni nak mertabak muarrrr jerk huhu. sobss. jauh pulakk. Raya nanti mesti kedai tutuppp. T_T Posto posto kesiniii huhu

    ReplyDelete
  2. Nice resepi... Blh cuba juga nanti ni..

    ReplyDelete
  3. resipi dapat hadam dengan pantas, t.kasih abe we...tapi tang mana lekat lekit tuuu..nak jgak tau, semalam tgk murtabak cheese dlm tv ..

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaa lahai :)
    terima kasih efg sebab bagi sokongan pada Nani. In sha allah sikit2 saya cuba bina balik semangat yang hilang. :)

    ReplyDelete
  5. teringin nk makan hat ni tp tak jmpa lg kt mane..sob sob

    ReplyDelete
  6. Murtabak amy di curikkk hahaha..ganazzz gak menu ewan eaaa huhuhu

    ReplyDelete
  7. poie blog FR den terkono..
    poie blog Ewan pun den terkono jugaakkk....!!

    maleh la nak poie mano2 blog laei dah..
    nyampahhhsssss... :p

    ReplyDelete
  8. >_< tekanan..dengan enuh ketekunan orang baca tetiba nak cerita pasal air suam jer..

    ReplyDelete