Wednesday, 29 July 2015

Bangga jadi Abang Sado

abang sado

Maksud Sado

Jangan terkejut maksud Sado

Kebelakangan ni perkataan Sado di kaitkan dengan badan yang tough macam Abe We ni. Dada ketul-ketul, muscle tangan ketak-ketak, perut 6 packs.

Nampak je mereka yang badan macam ni, semua orang panggil Sado

Sado kau hado

Dari mana dan siapa yang memulakan perkataan ni, tak pasti lah plak. Tetibe je perkataan ni wujud di bibir-bibir semua orang. Siapa yang cipta pun tak dapat di pastikan.

Maksud sebenar Sado

Abe We pun tak pasti dari mana datangnya perkataan ni. Maksudnya apatah lagi. Tapi bila Abe We menggooglekan diri, inilah maksudnya:-

A Malaysian slang, commonly used by teenagers. It describes someone who is strong and muscular. It was actually originated by the word 'Besar Bodoh' (meaning the person or it is huge) turn to 'Besar Do' ('Do' as in Bodoh as in Stupid) and lastly to Sado.

Wah...Besar Bodoh ke asal perkataan ni? Hmmm....tak dapat di pastikan.

Ada juga yang mengatakan ianya nama dari watak kartun jepun, Bleach iaitu Sado Yasutora atau Yasutora Sado.

Yasutora Sado
kredit to http://www.writeups.org/fiche.php?id=5083
Real Name: Yasutora Sado
Other Aliases: Chad
Height: 6’5” (1.95 meter)
Weight: 247 lbs
Eyes: Brown 
Hair: Black

Berdasarkan pengetahuan Abe We, pengikut cerita Bleach kat Malaysia ni boleh tahan gak. Agaknya bila diorang tengok cerita Bleach tu, dengan adanya watak Sado ni, diorang pun kaitkan dengan mereka yang berbadan sasa kot.

Pergkhhh mamat tu. Badan macam Sado seh....Besar tinggi. Sejibik macam Sado

Agaknya macam ni kot perbualan diorang. Tak pun ayat dia macam ni

Aku nanti nak buat badan macam Sado ni la. Ketak sana sini.

Tak pun ada mamat dalam gym yang minat cerita Bleach bergurau dengan kawan dia

Jom kita lawan badan sapa macam Sado nak? Sape kalah belanja air suam..... 


Lepas tu perkataan Sado pun berkembang.

Agaknya lah....




sumber:

http://www.urbandictionary.com/define.php?term=Sado
http://www.writeups.org/fiche.php?id=5083#sthash.MCLzuZDZ.dpuf


Image and video hosting by TinyPic

1 comment:

  1. perghhhh sadoooooo....huh teringat kisah pi open house tadi...

    ReplyDelete