Wednesday 8 July 2015

#Cabaran20Hari | Bajet Raya 2015 - Terpaksa pakai balik baju kahwin!

#Cabaran20Hari | Bajet Raya 2015 - Terpaksa pakai balik baju kahwin!

Abe We ambil berita dari keratan akhbar sinar harian, dan juga telah menjadi viral semalam. Kalau tanya Abe We, hmmm... kita baca dulu lah ye. 


Sebagai langkah berjimat cermat saya akan memakai semula baju raya tahun lepas termasuk memotong perbelanjaan raya yang lain. 
"Saya terpaksa potong semua perbelanjaan untuk raya, dari segi pakaian dan belanja dapur... hanya memilih pakaian untuk anak-anak yang menawarkan diskaun, kalau berpatutan baru beli, kalau mahal tak beli. 
"Saya mempunyai empat orang anak, dulu saya pakai ambil sahaja sebab tak ada GST, tapi sekarang saya tengok ekonomi dah teruk sikit, harga barang sudah meningkat jadi semua itu saya ambil kira. 
"Baju raya pakai yang sebelum ini... Untuk jimat kos, hanya baju baru anak-anak itupun cuma baju untuk pergi jalan," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui di pusat bela-belah Sogo di ibu negara hari ini.
Siti Hasmah Ebaraham, 33  - penjawat awam

Untuk berjimat-cermat tahun ini, saya terpaksa mengenakan semula pakaian pengantinnya untuk menyambut Aidilfitri.
"Untuk tahun ini, saya akan pakai baju pengantin saya tahun lepas...sebabnya ekonomi sekarang makin menekan.
"Janji minyak tak naik, tetapi tetap naik, kita terpaksa menelan apa sahaja yang kerajaan lempar, pedih rasanya," katanya.
Adib Fakhrullah Azmi, 26 - pekerja swasta

Persiapan raya tahun ini hanya untuk ibu bapa sahaja.
‎"Saya hanya beli pakaian baharu untuk ibu dan ayah saya di kampung‎, dan saya hanya pakai baju Melayu tahun lepas.
"Dan saya simpan sikit duit raya untuk anak-anak buah saya di kampung, saya hanya berbelanja sederhana sahaja kerana tekanan ekonomi sekarang," katanya.
Mohammad khairil Ashraf Mohd Khalid, 26   - penjawat awam


Kalau kita baca ni betul-betul, memang ada benarnya. Semua orang mempunyai tangga gaji yang berlainan. Tak semua orang bergaji RM3,000 ke atas. Jika bergaji RM3,000 pun, boleh di kira berpendapatan sederhana. Kalau yang masih bujang, ok lagi. Kalau yang dah berkeluarga, agak mencabar juga.

Tapi, itulah kenyataannya. Beli mana yang mampu sahaja. Yang mana boleh recycle, kita recycle. Tak salah pun pakai baju lama. Apa yang penting bukan pada bajunya, tapi pada pengisian raya itu sendiri.

Tak pernah lagi terjadi di dalam dunia ni, di sebabkan pakai baju lama, tetiba raya batal. Tak de kan?

Selamat hari raya semua.....


Image and video hosting by TinyPic

14 comments:

  1. Saya pulak terpaksa cut cost pemberian duit raya kat sepupu atau anak-anak sedara sepupu sebab ekonomi sekarang yg menekan sangat. Setiap hari duit keluar bagai air mengalir... tak boleh disekat langsung! Musim raya ni lagilah sakit nak kena tanggung... harapkan bantuan khas yang cuma rm500, pejam mata shopping sekali terus habis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. isi minyak kereta memang menangis. ingatkan sempena raya ni, ada la berita gembira tentang minyak, tapi........ :(

      Delete
    2. sama la,khaty pun dah cut sikit duit raya untuk anak2 buah

      Delete
  2. hahahha kelakar pulak statement abe we yg last tu. Selamat hari raya jugak in advance !

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheeee.......selamat hari raya ain....in advance juge

      Delete
  3. alhamdulilah..tersenyum isteri pakai baju kahwin

    ReplyDelete
  4. tu diaaa jawapan banyak copy paste pakai baju recycle.. yoorin pon beli sepasang je. sebab jarang pakai.. raya ke2 tiga, pakai baju tahun2 lepas je

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya xbli lagi....hehhee....nk tggu baju eren ajiz diskaun 70%

      Delete
  5. Saya pernah pkai baju kahwin raya tahun lepas...jadi tak rugi buat baju kahwin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. sy pun kadang2 pakai baju nikah. hehehe...rasa mcm pantin baru...

      Delete
  6. Nani pun recycle baju masa kawen pak cik je. Hehehe :D Jimat gituu :D

    ReplyDelete
  7. hahaha...KG pun pakai baju kawin juga..rasa pengantin baru la pulak di hariraya

    ReplyDelete