Wednesday 22 July 2015

Cerita balik raya

 kota tinggi

Di sebabkan mood raya masih menebal dan semangat rindukan kampung halaman, meh Abe We cita sikit pengalaman balik kampung.

Sebenarnya tak de apa yang menarik pun cerita balik kampung ni. Tetapi dalam tak de yang menarik tu, ada yang menarik sebenarnya. Kita nantikan...jeng...jeng..jeng.....

Kampung Abe We tak lah jauh mane. Nun dekat atas tu. Biasanya ambil masa 5 - 6 jam kalau bawa kereta antara 110 kmj - 120 kmj. Ok lah kan. Menepati had laju kebangsaan. Hahaha.....

Kalau tak silap, Abe We bergerak dari Putrajaya pukul 3.30 petang. Terus masuk highway lalu Elite dan mencilok ke lebuh raya utara-selatan. Agak amazing juga lah, tattakala pukul 4.00 petang, traffic cun melecun ala-ala Neelofa dekat Nilai.

foto kredit ke www.matjoe.com

Bila dah lepas Nilai, lalu Seremban, mak aihhh, traffic cun melecun ala-ala Emma Maembong. Agaknya orang dah cuti awal kot. Lagi satu, jalan dekat r&r seremban tu dah jadi 4 lane. So, tak de lah sesak sangat.

Bandar-Ainsdale-Toll-Plaza

Bukan tu je, Bandar Ainsdale pun dah ada exit sekarang. Dekat area situ kemahin lagi rancak development dia. Ada Seremban 2 dari UM Land. Besor pulak tu development dia. Tapi harga rumah dia tak tahu lah berapa.

foto kredit ke rossitamz.blogspot.com
Drive punya drive, akhirnya Abe We terpaksa lah menidurkan diri dekat hentian sebelah Pedas Linggi. Sebab dah tak tahan sangat mengantuk. Rasanya dekat 1/2 jam kot tidur. Hahahaha...

So, dah segar bugar tu sambung lah perjalanan. Abe We target untuk sampai dekat Ulu Tiram untuk buka puasa dalam pukul 7.30 malam. Bila dah kereta tak berapa nak ada, di tambah pula tengah bulan puasa, Abe We membuat estimation bahawa polis tak akan buat speedtrap. Sebab polis nak pergi beli juadah buka puasa. Hahahaha...boleh tak gitu?

Bila masuk je highway Senai - Desaru, masa tu dah pukul 7.00 malam. Johor kan buka awal, memang kena speed lah jawabnya. Dan terpaksa lah Abe We bawa kereta dengan kelajuan yang sepoi-sepoi bahasa iaitu 130-140 kmj. Lapo kau. Laju Abe We bawak. hahahah....


Sampai je McD Ulu Tiram, setelah keluar kereta dan berjalan ala supermodel, ngam-ngam pukul 7.30 malam. Before tu Abe We dan Mama Harraz dah bedal air kotak Danish dulu untuk buka. Makanan memang tak de lah. Ada pun roti Danish je. Tak kan nak makan roti Danish.

Bila dah sampai McD Ulu Tiram, kena beratur pula. Dah la 1 kaunter je buka. Orang yang beraturnya panjang. Last-last pukul 8.15 malam baru dapat makan. Cisss!!!

Makan punya makan, suapkan Danish bubur lagi, pukul 9 lebih baru siap. Lepas tu terus menuju ke kampung halaman seperti di bawah ini. Sampai rumah dalam pukul 10.00. 

felda lok heng

 Seronoknya beraya di kampung................ Nyanyi sikit. Karok kasi gegar!!!!




Image and video hosting by TinyPic

7 comments:

  1. orang Lok Heng ghopenya

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheee...lok heng yang mana satu...biarlah rahsia.....

      Delete
  2. Alahai..kadang2 pelik ngan restoran makanan segera ni x alert waktu2 tertentu sampai bukak 1 kaunter je...

    ReplyDelete
  3. Haish kadang2 jeles tengok orang balik raya awal ni . Esok saya baru nak balik kampung . Waaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. balik kampung awal, naik kerja pun awal. hehehe....

      Delete
  4. Assalamualaikum & salam Aidilfitri..

    Seronok beraya di kampung.. Sejak tol Ainsdale buka harap2 traffic flow lancar.. Lalu Seremban 2 tempat saya.. Untuk pengetahuan harga rumah di Seremban 2 mostly dari RM450k ke atas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. secara puratanya rumah sekarang memang harga dia mcm tu. ssh nk jump yang 300k-350k. mostly suma 400k ke atas. sian utk yg belum bli lagi. monthly mahal kot.

      Delete