Tips kupas/potong bawang tak pedihkan mata
Tips 100% berjaya, tak pedih mata
Pagi ni Abe We nak kongsi rahsia dan tips yang paling ajaib di dunia pemotongan bawang di dapur. Bagi seorang lelaki, meneteskan air mata merupakan sesuatu yang agak sedikit kurang macho. Apatah lagi bila berada di dapur. Kerana naluri keegoan sang lelaki, setetes air mata tertumpah tanpa sebab dan musabab yang kukuh, kemachoaannya telah susut nilai.
Tips yang Abe We nak share ni simple je. Bahan-bahannya pun tak banyak. Semua basic. Oleh itu, mari kita lihat bahan-bahan yang boleh membuatkan mata kita tak pedih 100% semasa kupas atau potong bawang.
Abe We dah buat eksperimen ni. Memang 100% berjaya. 100% mata tak pedih.
Tips ni amat berguna kalau kita nak kupas atau potong bawang besar dan bersaiz besar dengan kuantiti yang banyak. Kalau setakat bawang kecik tu, tips ni tak berguna sangat.
Bahan-bahannya:-
Bawang (lebih afdal bawang besar macam bawang Holland dengan kuantiti yang banyak)
Pisau yang tajam
Alas pemotong
Cara-caranya:-
Mula-mula, kita perlu kupas bawang seperti biasa. Jika sudah kupas 1-2 biji, tetapi mata kita masih belum pedih, teruskan ke bilangan yang seterusnya. Jika sudah kupas 5-6 biji tetapi masih kurang pedih cuba kita potong pula.
Bila kita sudah potong bawang, maka secara otomatisnya mata kita mulai rasa pedih. Dan rasa pedih ni membuatkan kita sukar membuka mata kita.
Pada masa ni kita perlu cepat-cepat panggil kawan kita atau adik kita untuk meneruskan potong bawang tu. Dan apabila orang lain yang potong bawang, makanya mata kita tak pedih lagi.
Nah, mudahkan cara ni. Mata kita tak pedih bila ada orang tolong potong bawang untuk kita.
Wakakakaa....
pandainya ewanto...
ReplyDeletecehhh..tips last tuuu..hahaha.. salah satu cara lagi, kopek bawang dalam air... pakai la bekas apa pon letak air..then kopek.. memang tak pedih.. hehehe..
ReplyDeleteCisssss. Hahahaha :P
ReplyDeletedah macam majalah ujang plak tips potong bawang ni hahaha
ReplyDeletepunyalah semangat membaca.. hahahaha
ReplyDelete