2.6 Billion Hadiri Hari Ikea Family Sale Preview
Gila Ramai, Penuh Sesak, Jumpa Zul Ariffin
5 Ogos 2015, hari yang paling di nantikan oleh Mama Harraz. Dari 27 Julai lagi dia dah warning
Pa, 5 Ogos nanti apply cuti tau. Nak cari barang dekat Ikea. Ada sale preview
Mama Harraz memang nak cari katil Danish. Dah beso ni, tak kan nak duduk katil baby dia. So, Mama Harraz pun dah usha katil ni.
Murah je. RM299. Ok la kan. Dari segi ketahanan dia, tengok gaya memang ok.
Design pun simple mimple pimple.
Menepati cita rasa Mama Harraz.
Tapi, ada gak masalah kalau pilih katil ni. Pertamanya, Mama Harraz nak cantumkan katil ni dengan katil kitorang. Katil ni rendah sangat. So, tak berapa boleh nak cantum.
Keduanya, katil ni sesuai untuk jangka masa pendek. Kalau belikan untuk Danish, berkemungkinan katil ni boleh pakai sampai dia umur 5-6 tahun.
Hmmm....tengoklah gambar ni. Kalau dia dah besar, kena beli lagi katil. Macam not worthy plak and not value for money plak. So, tukar plan. Tak jadi beli. Hehehehe....
model katil |
Memang ramai orang dekat Ikea semalam. Gila ramai. Siap jumpa Zul Ariffin lagi. Tapi idok le Abe We nak amek gambo dia. Bila dia lalu je, ada la suara-suara "Jul Ripin!! Jul Ripin!!" Haishh..Abe We ni apa kurangnya? Beza kitorang cuma tang body je. Kalau Abe We ketak-ketak, kompem......masih orang tak sebut nama. hehehe
Pembeli tinggalkan troli, tak larat nak beratur panjang
troli yang di tinggalkan kesepian |
Abe We sampai Ikea pukul 1.00 tengah hari. Lepas tu, dalam pukul 5.00 petang dan bersiap-siap nak bayar. Tapi masya allah.... tengok lah gambar-gambar ni.
Dekat kaunter, punya panjang orang beratur. Lepas tu banyak gila troli-troli di tinggalkan. Abe We ingat troli ni di tinggalkan sebab diorang nak cari barang. So, Abe We pekena meatball dulu lah. Macam biasa.
nyum..nyum...pren prais..... |
Lepas habis makan, Abe We sekali lagi turun ke kaunter. Abe We nak cari dulu perabot yang dah tulis atas kertas.
Tapi keadaan masih sama. Banyak benau troli kat bawah ni. Apekehal?
kbai...ciao...
Bila Abe We riki, rupanya pembeli tinggalkan troli diorang kt sini sebab tak larat nak beratur. Panjang gila siang tadi. Tak tau lah macam mana panjang dia. Memang bersepah troli kat sini.
Pekerja Ikea tu siap cakap, kalau cari barang dekat rak tak de, cuba try cari dalam troli ni.
Punya banyak troli kena tinggal. Agaknya, berapa panjang diorang beratur ek?
Pukul 7.00 malam baru kurang sesak
Abe We beratur ni dalam pukul 6 lebih. Dekat-dekat pukul 7.00 malam. Waktu ni dah kurang orang. Fuhh..selamat. Lega sikit. Masa pukul 5 tadi, memang gila panjang.
Baru tau ada pelbagai lorong bayaran
Masa beratur tu, baru Abe We perasan, rupanya ada lorong-lorong tertentu untuk buat bayaran. Ada lorong kad kredit sahaja, beg kuning sahaja dan lorong yang tak ada apa-apa signboard, tu lorong tunai.
So, kalau nak beratur tu, tengok-tengok dulu lah lorong mana. Abe We selalunya memang amek lorong tengah. Tak pernah amek lorong lain. Heheeee....
kbai...ciao...
Semalam SA pin ada kat area ni...beratur agak panjang jugak la...patut la banyak barang takde..dlm troli sbb ditinggalkan rupanya...SA pun selalu kat lorong tengah tu..hihi
ReplyDeletesama lah kita..sep sikit
DeleteAllahuakbar.ramai gilaaaa! eh mcm besh je katil tu.princess pun dh besar.x larat nk bersesak dgn dia atas katil.
ReplyDeletememang gila ramai siang tu. kitorang pun xmmpu bersesak atas katil da. xblh nk pusing2
Deleteteringin nak pergi tp tengok mcm ada lautan manusia..tak berani ler nak masuk :)
ReplyDeletesaya berani masuk. tp tak berani nk g bayar. ahahhahha
DeleteTudia. Panjang beraturnya....
ReplyDeletepanjang bak hang. memang letih
Delete