Klinik 24 jam Putrajaya
Malam tadi, entah apa yang silap Mama Harraz kena gastrik pulak. Cari-cari ubat gastrik dekat rumah, dah habis pulak.
Abe We pun google akhirnya jumpa klinik ni. Syukur klinik ni dekat dengan rumah.
Poliklinik Sri Permai, dekat Presint 9, dekat Flat Hijau. Siapa yang duduk berdekatan Presint 9 memang tahu lah Flat Hijau ni. Sebelum ni, flat ni memang kaler hijau. Tapi tahun ni diorang dah tukar. Kalernya lebih cantik.
Harga Mahal
Berbalik pada kisah klinik ni, dari pembacaan Abe We, caj yang di kenakan agak mahal. Betul ke?
Jom kita terjah.
Pukul 5 pagi Abe We ke klinik tu. Cari ubat gastrik ni:
Harga sepapan RM25 kau. Boleh tahan gak......huhuuu
Tapi dah sakit, kena la beli ubat. Lagi pun klinik ni 24 jam. Tu yang mahal sikit.
Muntah-muntah pula
Balik je dari klinik ni, Mama Harraz dah start muntah-muntah. Adehhh.....kronik dah ni. Pakej gastrik dengan muntah. Memang tak dapat tidur lah Mama Harraz.
Dapatkan rawatan doktor
Dengan keadaan Mama Harraz macam ni, nampak gayanya, aktiviti open house wajib di elakkan. Huhuuuu
Pukul 9 nanti terpaksalah kena pergi klinik. Kena dapatkan rawatan susulan.
Ke Danish nak dapat adik baru?????
semoga mama harraz cepat sembuh
ReplyDeleteAfter midnight service klinik mmemang mahal. Huaaa! Adik baru pun ok jugak tuu. Amin amin
ReplyDelete