Pergi litar Sepang tanpa Mama Harraz, secara solo
Pada entri semalam, Abe We menjangkan Abe We tak dapat tengok lumba Superbike pada hari Ahad ekoran masalah kesihatan. Tapi akhirnya berjaya juga walaupun pergi sorang.
Sepatutnya, ada 3 orang lagi yang nak folo, tapi sebab Chinggey punya pasal, Abe We keseorangan. Ciss!! Tak guna betul. Da la tiket, makan, parking free, sebab chinggey, Abe We sorang-sorang dekat SIC.
Inilah pengalaman first time Abe We masuk litar Sepang ni. Memang tak pernah pergi pun. Biasanya lalu tepi je masa pergi Kota Seriemas ataupun Bandar Enstek.
Kalau lalu tepi litar tu mesti selalu cakap, "bila agaknya dapat masuk litar Sepang ni. Asek lalu je lah"
Dan rezeki blog sukan paling stylo di alam semesta iaitu www.stylosport.com akhirnya, dapat gak Abe We merasa masuk litar Sepang.
Momen paling comel. seorang budak menutup telinganya di sisi ayahnya. Mebi sebab bising sangat. |
Memang syok rupanya tengok race ni. Laju-laju diorang bawa. Tak sabar betul. Selamat tak de speed trap. Kalau tak, kompem kena saman. Wakakaka....
Nak tengok gambar lagi? Jom terjah blog sukan Abe We. Penat tau buat. Apa kata awak sume, hok comey-comey ni, tengok kat SINI.
bestnya dpt g tgok live
ReplyDeleteMimin pernah join membe tgok race car. Pheww
ReplyDeleteCair taik telinga dengar enjin dia vroom vromm jee
alaaaa kenapa lah kita pompuan x minat eh benda2 ni.hehehe
ReplyDeleteDulu masa study masuk SIC sebab ada race car je. Tapi bukanlah race superbike / F1, uhuhu
ReplyDeleteI really like your writing style, great information, thankyou for posting. indian motorcycle tours
ReplyDelete