Tips elak kucing berak depan rumah
Confirm kucing tak datang berak
Sebenarnya, Abe We cuba petua dari Mommy Irra. Mulanya tak percaya. Apekejadahnya letak botol air kat luar rumah kucing takut nak berak?
Tapi, Abe We try jugak lah petua +irra yyan ni. Tak sangka memang menjadi petua +irra yyan ni. Kalau +irra yyan punya petua pakai botol air kecik, tapi Abe We pakai botol 1.5 liter.
Besor sikit. Harap-harap dari anak kucing sampai tok nenek kucing pun takut. Sebab botol besor. Kikikiiii...
Abe We pun pelik sebenarnya, kenapa kucing takut nak berak dekat depan rumah bila nampak botol air ni.
Kisah dongeng kucing takut air
Kisah dongeng nombor 1
Agaknya, masa zaman kucing-kucing sedunia dulu, terjadi suatu kisah dimana semasa seekor raja kucing nak berak, anaknya telah jatuh lemas ke dalam tempat yang berisi air.
Lalu semasa nak berak tu, bila terdengar anaknya lemas, raja kucing yang baru hendak melepaskan hajatnya itu terdengar, lalu bingkas bangun dan berlari melulu mendapatkan anaknya.
Agaknya, fobia dengan benda-benda yang berisi air, lalu kucing-kucing keturunannya dan rakyat jelatanya pun takut bekas berisi air untuk berak.
Sehingga sekarang, semua kucing takut bekas berisi air bila nak berak
atau mungkin
Kisah dongeng nombor 2
Pada zaman dahulu, terjadinya kisah kucing bersama tuannya yang sungguh akrab. Mereka bermain, bergurau bersama.
Pada suatu hari, oleh kerana kucingnya selalu berak bersepah-sepah, lalu tuannya pun marah.
Dan akibat terlalu marah, maka tuannya menyuruh kucing itu membasuh najisnya dan kemudiannya menyuruh dan mendera kucingnya supaya cebok menggunakan air.
Kucing itu pun cuba mencebok menggunakan tangannya dan air. Namun akibat kukunya yang tajam, maka terlukalah pungkoknya itu.
Sehingga kini, kaum keluarga serta cucu cicit mocit tocit semua seriau dengan air. Takut nasib yang sama menimpa diri mereka.........
Sekian kisah dongeng petang ini.
Hehehee.....
nak try la jugak :D
ReplyDeletetry la. memang berkesan
Deletehahaaa adeiii lucu mendengarnya
ReplyDeletekikiki...saja je buat readers happy
Deleteaduhai..siap ada kisah dongeng..kihkihkih
ReplyDeletekikiki...saja je buat readers happy
Deleteyeker? Menjadi ke? Rumah saya pun selalu kucing masuk berak. Sampai nak tension di buatnya. Kena try buat ni, kalau berjaya, boleh bagi testimoni. Hahahahaha
ReplyDeletebetul joi. memang berjaya. ni testi dari saya. sebab rumah sy sekarang ni kosong. xde orang duduk lagi. bila letak tu, memang kucing xde datang pun
DeleteAllah..masalahnya kucing mama bavah PC kat kampung tak takut air..main air dalam baldi..dalam besen..dalam kolah..dah macam bawang putih nyanyi tepi kolam pulak..
ReplyDeletewah...dahysat betul kucing PC. ni da kira kes lain ni. agaknya kena letak air coke kot. hehehe
DeleteTersenyum sorang2 baca kisah dongeng tu ^-^
ReplyDeletehehe....memang dongeng habis
Delete