Kadar bayaran BR1M mungkin ditambah tahun depan
Untunglah siapa yang dapat BR1M ni. Makin naik pulak tu amount nya. Untunglah.........Sebagai balasan? tetttttttttttttttttttttttttt...................
Kerajaan masih berkemampuan untuk membuat bayaran peringkat akhir Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini mulai esok walaupun pendapatan negara dijangka tidak meningkat tinggi tahun ini
Kita juga boleh menjangkakan nilai bantuan BR1M tahun depan akan ditambah, namun perkara ini akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2016 (23 Oktober depan) - Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Ketika ini terdapat tiga kriteria penerima BR1M iaitu yang berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000, bawah RM3,000 dan orang bujang. Untuk BR1M tahun depan, penambahan nilai bantuan itu merangkumi semua peringkat penerima, namun golongan berpendapatan paling rendah bakal menerima penambahan bayaran paling tinggi.
Jom kita refresh syarat kelayakan BR1M.
SYARAT KELAYAKAN BR1M
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
- Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
- Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
Pokjib, minta up sikitlah hat no. 2 tu. Kesian kami......hehehehe
Alhamdulillah.manfaatkan la sebaiknya.
ReplyDeleteKita tak layak. Huhu
ReplyDeletexpayah ada brim pon tak pe.. bagi laa subsidi barang keperluan tu lebih sikit.. pulihkan ekonomi...
ReplyDelete