Thursday, 1 October 2015

Hanya azan dan iqamah boleh bergema di Pulau Pinang

Hanya azan boleh bergema di Pulau Pinang


Keputusan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah di Pulau Pinang akan diwartakan tidak lama lagi.
Perkara itu dinyatakan melalui surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 Sept lepas berhubung keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai dan disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 23 dan 24 Ogos lepas.
Isu itu dibawa ke mesyuarat berkenaan setelah Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang menerima beberapa aduan daripada masyarakat Islam sendiri yang tidak tahan dengan bunyi bising pembesar suara yang dipasang dengan volume yang sangat kuat
Bab ni tak reti Abe We nak komen. Tapi kalau mufti dah kata gitu, bolehlah kot.

Sebelum ni kita pernah dengar kejadian di mana seorang lelaki telah membuat laporan polis berkenaan dengan aktiviti surau di tempatnya dengan menggunakan speaker terlalu kuat.

Lelaki itu kemudiannya di serang sekumpulan orang di tamannya berikutan laporannya itu. Ye lah, mana tak kena serang. Bayangkan orang islam tu sendiri yang buat report. Maka berduyun-duyunlah orang yang tak tahu punca sebenar laporan polis di buat, serang lelaki ni. Sepatutnya, kita kena siasat dulu. Mesti ada sebab orang tu buat report polis. Ni tak, bila viral je, terus serang.

Namun, lelaki itu dengan tenang menjelaskan bahawa speaker yang di gunakan di surau itu terlalu kuat dan boleh mengganggu anak-anak kecil yang sedang/mahu tidur, anak-anak yang mengerjakan kerja sekolah di waktu malam, mereka yang bukan islam kerana laungan speaker turut di gunakan selepas habis solat dan ada ketikanya semasa memberikan ceramah.

Ada benar juga cakapnya. 

Punca sebenar lelaki lapor polis laungan azan di masjid terlalu kuat

Seorang Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang menerangkan punca sebenar kejadian itu berlaku. Jom baca penerangan beliau dibawah:

Assalamualaikum

Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?

Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :

Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuat sehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.

Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam.

Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari......nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu....Anti Masjid....maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi.

Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah. Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2.

Rasullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah

Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah.

Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang
saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.

Wassalam.

~Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang



Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

7 comments:

  1. Perkaya dah jadi kebiasaan namun apabila hukum sebenar diperjelaskan mulalah sukar nak ikut. Apabila diwartakan...mulalah isu lain dibangkitkan sehingga kepada isu politik.
    Kembalilah kita kepada ajaran Islam yg sebenar mengikut Al Quran dan Sunnah.

    ReplyDelete
  2. Kelirulah sikit... wayne harraz dgn ewento marcello tu orang yg sama ke?

    ReplyDelete
  3. yup. ada betulnya tu. untuk azan tidak mengambil masa yang lama.

    Mungkin juga niat orang masjid untuk berkongsikan ilmu ceramah pada mereka yang tidak datang ke masjid, itu yang mereka pakai banyak speaker.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  4. Dalam setiap tindakan..atau perbuatan..berpada padalah..

    ReplyDelete
  5. Bahawa melaungkan bacaan selain dari azan keluar masjid dengan kuat adalah kebiasaan yang tidak bijaksana sepatutnya disedari oleh masayrakat Islam sendiri. Kita sepatutnya lebih prihatin. Kini bila ditimbulkan oleh masyarakat bukan Islam, ia memalukan kita semua.
    Saya menyokong pendapat Mufti Pulau Pinang, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dr Maza dll.. Pertimbangan utama tentulah konsep tidak mengganggu orang sebelahan yang diperintahkan Allah didalam AlQuran melalui Al-Israk ayat 110 قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَٰنَ ۖأَيًّا مَا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ ۚوَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَٰلِكَ سَبِيلًا
    Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam shalatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".
    Walaupun ditujukan kepada mereka yang bersembahyang namun eloklahlah dipakai dalam semua keadaan
    Menggunakan pembesar suara bagi melaungkan Azan adalah patut, tetapi menggunakannya untuk tujuan selebihnya memberi lebih keburukan dari kebaikan.
    Laungan azan bertujuan mengajak orang ramai bersembahyang. Wajar dilaungkan ke luar mesjid. Iqamah pula untuk memberitahu makmum sembahyang akan dimulakan. Pembesar suara dalaman sudah mencukupi. Tidak guna pun tak apa. Khutbah pula disampaikan kepada jemaah yang hadir. Sistem bunyi didalam mesjid yang membolehkan orang mendengar saranan khatib dengan jelas diperlukan. Tiada keperluan untuk melaungkannya dengan kuat keluar mesjid. Jika dikaji secara saintifik, selepas jarak 100 meter walaupun bunyinya masih kuat tetapi sebutan ayat sukar difahami. Begitu juga dengan ceramah/tazkirah, sukar diamati walaupun dirumah disebelah masjid apatah lagi bagi mereka yang lalu lalang. Faedahnya sekadar penduduk sekitar 500 meter tahu ada tazkirah diketika itu. Tidak menggangu jiran adalah sebahagian dari adab kita. Semua dalam kalangan kita bertimbangrasa dengan tidak memasang TV, Radio, Hi-Fi, di rumah hingga menggangu jiran sebelah dan merendahkan nada dering telefon ditempat awam. Tunjukkan kita orang Islam tahu mengguna teknologi secara bijaksana serta kita menghayati hadariah Islamiah.

    ReplyDelete
  6. Tentang bacaan Tarhim disubuh sunyi (dibaca kuat ? tujuan membangunkan orang dari tidur). Kita mesti mendalami dahulu asal usulnya dan amati maksud ayat ayatnya (yang biasa di Malaysia, di Indonesia/Mesir lain).
    يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ إِرْحَمْنَا (3x)
    وَعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا وَعَلىَ طَاعَتِكَ وَشُكْرِكَ أَعِنَّا
    يَا حَىُّ يَا قَيُّومْ
    Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihi... kasihanilah kami, Selamatkanlah kami, ampunkan Kami.
    Bantulah kami utk mentaati dan bersyukur kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup, Tuhan yang Maha Menjaga,
    Doa ini diulang ulang dan kemudiannya dituruti oleh permohonan perantaraan (barakah) seperti berikut:
    بِجَاهِ سَـــــيْدِنَا محمد صلى الله عليه وســلم
    demi berkat Junjungan kami Nabi Muhammad SAW
    بِجَاهِ سَـــــيْدِنَا ابى بكرٍ الصديق رضى الله عنه
    demi berkat Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA
    بِجَاهِ سَـــــيْدِنَا عُمَرَ ابْنِ الخطاب رضى الله عنه
    demi berkat Saidina Umar Al-Khatab RA
    بِجَاهِ سَـــــيْدِنَا عُثْمَانَ ابْنِ عَفَّانَ رضى الله عنه
    demi berkat Saidina Uthman bin Affan RA
    بِجَاهِ سَـــــيْدِنَا عَلِىَّ ابْنِ اَبِى طَالِبِ رضى الله عنه
    demi berkat Saidina Ali bin Abi Talib RA
    وَعَنْ كُلِّ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ اَجْمَعِينَ
    dan dengan keberkatan para Sahabat dan kaum keluarga Rasulullah SAW
    (dari http://tayibah.com/eIslam/tarhim.html)
    Sekali imbas ayat tarhim ini seolah memohon Tuhan merestui Nabi, sahabat dan keluarganya. Namun andaian ini meleset kerana sebenarnya menurut maksud diatas nyata pembaca memohon berkat dari NabiSAW, Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali. Nauzubillah, memohon restu dari Allah dengan perantaraan (barakah, syafaat) orang lain ternyata dilarang dalam Islam terutama bila semua mereka telah mati.Eloklah kita berhenti mengamalkannya agar tidak menempa dosa.
    Sekarang ini banyak benar cara untuk digerak bangun dari tidur jam gerak, radio gerak, telefon bimbit dll. Bangun dari tidur biarlah dari usaha sendiri bukan mengharapkan orang lain. Ibadah lebih berkesan dalam suasana hening. Sifat prihatin serta bertimbangrasa adalah ciri Muslim sejati. (rujuk
    https://www.youtube.com/watch?v=IpL1s8E_Mt0,
    https://www.youtube.com/watch?v=SzbhEKqoIQU

    ReplyDelete