Cafe Cerita Kambing - Biryani kambing dan kambing bakar superb
Siapa dekat sini yang suka makan daging kambing?!!
Agak mustahil kan nak jumpa yang tak suka daging kambing. Ada tu memang ada. Tapi sebilangan kecil lah.
Dan siapa pula yang tak akan terliur bila dengar kambing bakar, kambing golek......... Kalau dekat mana-mana ada menu ni, pastinya, menu ni lah yang paling ramai orang beratur. Dan cepat habis..... Kan?
Ok, berbalik kita dengan cerita daging kambing ni. Alhamdulillah, semasa 1stEFGathering tu Cafe Cerita Kambing telah pun sponsor makan tengah hari kami.
Antara menu yang ada pada hari tersebut seperti mana ada di dalam gambar ini.
Ehhh.... ape barang kan tengok gambar jauh cenggini. Cane nak tau menu dia kan?
Jom kita close up depan kamera..............
Tadaaaa....................
![]() |
| Kambing bakar yang super leleh........ |
![]() |
| Ada acar |
![]() |
| Kari kambing |
![]() |
| Ayam masak merah |
![]() |
| Pengat pisang |
Betul lah, sesuai dengan namanya Cafe Cerita Kambing. Memang main menu ni kambing sahaja.
Suka Mama Harraz. 3-4 kali repeat kambing bakar tu. Abe We pula dok gigih pilih lada benggali (benggala). Abe We memang suka lada benggali ni. Sebab Abe We pun ada rupa benggali. Hehehe.....
Selain itu, ada juga pengat pisang di sediakan. Sedap!
Sejujurnya, menu dari Cafe Cerita Kambing ni memang superb.
Cafe Cerita Kambing
Level 1, Anggerik Mall,
Seksyen 14, Shah Alam
Facebook: Cafe Cerita Kambing
Instagram: Cafe Cerita Kambing
Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35
Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra






I tambah 2 kali yer.. pangat pisang di pinggiran. Hikhikhk
ReplyDeletesedap kambing bakar tu..tak liat sangat..just nice..
ReplyDeletekari kambing dengan ayam masak merah tu sedaaaaapppp...!
ReplyDeletetapi paling win kambing bakar la kan.. :)