My Farm Outlet tawarkan harga murah
Adakah murah?
Setelah beberapa minggu, akhirnya sampai gak Abe We kat My Farm Outlet Putrajaya.
Terletak di Presint 9, bersebelahan dengan depot bas dan bertentangan dengan Balai Bomba dan berdekatan dengan ERL dan juga Hospital Putrajaya.
Di My Outlet Farm ni, bukan sahaja barang basah di jual, malah barangan kering juga di jual.
Selain itu ada juga food truck menjual sate, pizza, sotong goreng (nak mencandat dengan nazlee.com memang tak kesampaian, so candat dalam kuali je la), pisang goreng, putu bambu, ais blended dan nasi beryani.
Di awal pembukaan My Outlet farm ni, memang ramai orang datang setiap petang. Namun setelah berminggu, angka itu berkurangan.
Motto yang menarik di gunakan
Apa yang menarik mengenai My Outlet Farm ni ialah motto yang di gunakan
Memerangi orang tengah
Kalau tengok dari luar, khemah yang di gunakan memang besar. Namun apa yang di jual tak lah banyak sangat. Mungkin dah petang, jadi barang basah terutama lauk-lauk hanya tinggal sedikit sahaja.
Perbezaan harga
Apa yang Abe We dapat perhatikan, harga di sini tidaklah terlalu murah. Hanya murah dari pasar-pasar yang ada di sekitar Putrajaya terutama lauk-lauk.
Sebagai contoh, harga daging lembu di sini di jual dengan harga RM30/kg. Namun di pasar Kajang harga yang di jual di sana adalah RM28/kg.
Bagi ikan pula, ikan merah di jual dengan harga RM33/kg. Kalau di pasar kajang ikan merah di jual dengan harga RM30/kg.
Berlainan pula dengan sayur, Abe We rasa sayur di juak dengan harga berpatutan.
Kalau nak beli sayur sawi dan bayar dengan harga RM1/ikat, boleh la datang sini.
Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35
Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra






sy pegi ms minggu pertama..murah la sket sbb diorg buat promo..br ni member pegi nk beli sayur..kobis sebijik rm6..murah ke mahal..hahahaha..giloo
ReplyDeletemy farm memang ok
ReplyDeleteTangki Fiberglass
Jual Septic Tank
Jual Tangki Kimia
Jual Talang Fiber
Jual Rotameter
Tangki Panel
jual mesin ro