iHerb - menjual pelbagai produk berasaskan natural
Korang pernah dengar website iHerb?
Abe We pun baru je jumpa website ni. Sebab apa? Ce teke.......
Kulit Danish kasar
Actually, mama Harraz la dok bising-bising.
Kulit Danish kasar la...tak macam kulit baby lainSo, bila dah banyak kali cakap macam ni, dan Abe We telah cuba beberapa produk, tapi macam tak jumpa keserasian dia.
Ada yang produk A ni, bila pakai, dah siap mandi semua, rasa macam licin je kulitnya. Macam ada sabun.
So, bila mama Harraz dah dok ulang-ulang cakap cenggitu, Abe We pun search la dekat en google. Terjumpalah website iHerb ni.
Shea Moisture baby head to toe shampoo
Bila dah baca beberapa produk, Abe We pilih la sabun Shea Moisture ni. Kandungan dia ada Argan Oil, Chamomile dan Shea Butter.
Lepas tu review dari orang lain pun macam menarik jew. Lantas Abe We pun pilih la produk ni lepas buat kajian review produk-produk lain.
Bila dah place order dan bayar rasa macam seram je nak dapat barang ni. Harga dia pun tak mahal sebenarnya.
Untuk sabun ni baru RM34.76. Ok lah. Setakat mandikan Danish, bukan pakai banyak mana pun sabun. Boleh tahan berbulan gak lah kan?
Tapi, Abe We bukanlah beli 1 botol ni je. Ada lagi 3 barang lain. Nak dapatkan postage murah sikit. Lepas tu, Abe We pilih postage paling murah sekali. Dalam RM16 je. Ada tracking number, tapi tak boleh track dalam website mana-mana courier. Memang agak gila lah masa menunggu barang sampai.
Mau tak, estimate sampai dia 1 bulan. Setiap minggu cek dekat kakak receptionist. Bila dah sampai due date tarikh dia sampai tu, iHerb hantar pula email. Email nak buat survey. Tapi dalam email tu ada lah dia mentioned sepatutnya barang dah sampai.
Adududu....risau je dalam hati ni. Barang dah 1 bulan ni. Tak sampai-sampai.
6 minggu baru sampai
Last-last, masuk minggu ke-6, baru lah sampai........
Fuhlamak.....first time kot Abe We shopping online dekat luar negara. Rasa macam nak tulis novel bila dapat kotak ni.
Tapi bila dapat kotak, rasa pelik sikit. Kotak ni macam kena air. Ada bekas basah. Tapi, kenapa ek???? Tak pe lah, kita buka barang dulu........
Ni lah barangnya. Nampak tak ada buih-buih dekat botol shampoo tu?
Sebenarnya, seal dekat cap dia tu tercabut. So, sabunnya dah tumpah dan menodai botol-botol lain. Walaupun dia bungkus dalam plastik, tapi still sabun tu menodai botol-botol lain sebab seal dekat plastik tu pun terbuka.
Complain di iHerb
Disebabkan adanya kelemahan dari pihak iHerb, Abe We pun komplen la dekat iHerbs...
Sebenarnya, Abe We bukanlah komplen sangat pun. Tapi just nak inform pihak iHerb bahawasanya barang yang diorang hantar tu sudah pun tertumpah sedikit.
Lepas tu, Abe We pun suggest la dekat diorang supaya pakai plastik bubble wrap dan plastik tambahan supaya barangan berasaskan cecair tidak mudah tumpah.
Dapat refund
Bila Abe We komplen, diorang jawab dengan baiknya. Last-last, iHerb bagilah mesej macam ni. Tapi Abe We memang tak minta pun diorang refund. In fact, memang Abe We tak terfikir sikit pun suruh diorang refund.
Inilah mesej diorang:-
Dear Mohd,
Thank you for your inquiry.
I have issued a refund for the bottle of shampoo in the amount of RMxx.xx back to your credit card. Please allow a few days for the credit to post.
We truly value the information and will be sharing your feedback with our supporting teams, as we are always looking for ways to create a better shopping experience for our customers.
Sincerely,
Molly Jauregui
Memang bagus layanan dari iHerb ni. Siap bagi refund lagi. Memang berbaloi!!
SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!
Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35
Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra
Salam..bole x bagi tips mcm mn nak beli barang kat i herbs..saya berminat nak beli supplement, tapi takut, sbb x tau cara..tq
ReplyDeleteSalam..bole x bagi tips mcm mn nak beli barang kat i herbs..saya berminat nak beli supplement, tapi takut, sbb x tau cara..tq
ReplyDeletesaya akan buat tutorial ye.
Deletesalam, sy nk ty adakah pasti produk iHerb mndpt kelulusan KKM
ReplyDelete