Bateri kereta murah di Johor
Rata-rata di antara kita semua dekat sini dan dekat luar sana sekarang ni pakai kereta kan? Rasanya kereta memang satu keperluan untuk kita sekarang ni. Sekurang-kurangnya satu rumah satu kereta.
Tapi antara masalah kereta ni ialah bateri kereta.Dan hari ni, Abe We nak bagi berita gembira untuk rakyat johor macam mana nak dapatkan bateri kereta murah di Johor.

Pengalaman bateri kong
Penah tak korang kat luar sana, bila nak pergi kerja pagi-pagi, tiba-tiba nak start kereta, kereta tak hidup?
Abe We pernah laluinya. Masa tu, halamak...jem lah kepala ni. 3-4 kali try start. Memang langsung tak boleh hidup. Masa tengah try tu, dengar bunyi "ketek...ketek" masa kita pusingkan kunci kereta.
Confirm!!!!
Bateri kong!!
Apa yang terlintas dalam fikiran masa tu?
Mesej bos!!
Bos, saya EL pagi ni. Kereta tak boleh on. Bateri habis.
Beb...nak bagi alasan apa lagi dekat bos kan? Nak cari bateri mana pagi-pagi ni? Kedai tak buka lagi. Kalau ada pun, memang kena katok la harga nya.
Bayangkan, kalau pagi tu ada meeting. Meeting dengan big boss ke. Naya beb!!!
Bateri kereta murah di Johor
Nak cari mana ek bateri kereta yang murah di Johor? Adoiii... Nak pergi cari pun tak de transport. Nak jalan kaki, kedai punyalah jauh. Susah kan? Mau tak mau, tunggu keprihatinan member serumah je lah untuk tolong belikan bateri baru. Tu pun kalau member tu ada duit . Kalau masa tu member tu tengah sesak, bateri AA je lah dia mampu beli.
Jadi macam mana nak dapatkan:-
- bateri kereta murah?
- servis tukar bateri kereta dengan cepat?
- servis cek jangka hayat bateri kereta?
Bateriku.com
Korang pernah dengar Bateriku.com?
Bateriku.com ialah sebuah organisasi yang membantu kita sebagai pemandu kenderaan yang mempunyai masalah bateri kenderaan.
Mereka menawarkan servis perkhidmatan :-
- Penghantaran percuma, pemeriksaan dan pemasangan
- Bayar hanya harga bateri baru dipasang
- Waktu urusan 8:00 pagi - 11:00 malam
- 365 hari setahun
- Penghantaran ke lokasi kejadian, di pejabat atau ke rumah dan lain-lain anda
- Menawarkan bateri berkualiti pada harga yang berpatutan
- Menyediakan bateri terapung ketika memeriksa bateri lama anda
![]() |
Para kakitangan Bateriku.com |
Jenis bateri yang di gunakan
Bateriku.com menggunakan bateri yang berjenama Century, Hitachi, Yuasa dan juga Astra. Bateri-bateri ini memang sesuai di gunakan untuk mana-mana kenderaan.
Andai kata bila bateri kereta kita kong, semasa kita menelefon pihak bateriku.com, jangan lupa untuk kita memberitahu jenis kereta kereta yang kita pakai. Nanti pihak bateriku.com akan memberikan cadangan sama ada kita perlu pakai bateri sel basah atau sel kering.
Untuk pengetahuan bersama, bateri sel kering di kenali juga maintenance free bateri adalah lebih mudah di uruskan berbanding bateri sel basah. Kebanyakan kereta sekarang menggunakan bateri sel kering kerana kita tidak perlu top-up air bateri sentiasa.
Bateri Sel Basah |
Bateri Sel Kering |
Tempoh hayat bateri kereta
Untuk pengetahuan kita, tempoh hayat bateri kereta adalah lebih kurang 2 tahun sehingga 2 tahun setengah. Ada sesetengah kes, tempoh hayat baterinya lebih dari 2 tahun setengah. Tapi, purata jangka hayat beteri adalah 2 tahun.
Apa yang akan terjadi selepas 2 tahun? Jom baca cerita ni.
Ni apa yang Abe We dah lalui. Bateri kereta Abe We dah pun sampai jangka hayat 2 tahunnya. Kejadian yang lepas memang Abe We ambil ikhtibar. Memang lepas 2 tahun ni, kita harus berjaga-jaga. Anytime bateri ni kong terus.
Sebagai langkah berjaga-jaga, dan dek kerana ketiadaan masa untuk ke bengkel cek power bateri kereta ni, Abe We try gak lah servis Bateriku.com ni. Dalam kepala masa tu, terfikir gak lah, berapa la caj yang kena sebab cek bateri ni. Dalam poket pun dah standby beberapa keping not RM50.
Bila krew Bateriku sampai, dia cek dan bagitahu bateri ni masih elok, berdebar dada Abe We sambil selok poket seluar. Dengan gaya macho Abe We pun tanya
Berapa caj ni dik?Huiii...terketar-ketar tangan dalam poket tu. Macam tak sabar je not RM50 tu nak keluar dari poket ni.
Free je bang. Lagi pun bateri ni masih elok. Dalam masa 6 bulan lagi abang boleh cek sekali lagi. Abang call je kitorang untuk cek dan tukar terus. Tak mahal pun bang kalau tukar bateri dengan kitorangPunya terkejut Abe We masa tu. Free je uols cek bateri ni... Syukur sangat.
Harga Bateri
Bila cerita bab harga bateri, ramai yang tak tahu. Masa mula-mula Abe We nak tukar bateri kereta, jenama bateri pun Abe We tak tahu. Tanya-tanya kawan, diorang cakap barang Century. Bila tanya kedai, ada yang bagi harga RM220 dan RM200. So, di sebabkan masa tu jumpa yang RM200 paling murah, Abe We beli je la yang tu.
Tapi, sebenarnya Bateriku.com menawarkan harga bateri yang murah dan berpatutan. Harga bateri yang di tawarkan adalah serendah RM135.00!!
Ya.... Memang sangat murah dan berbaloi. Ada lagi yang sangat berbaloi!!!
Pemasangan, pemeriksaan dan penghantaran PERCUMA
Kawasan servis bateriku.com
Untuk orang Johor, Bateriku.com telah mempunyai cawangan Johor yang merangkumi daerah:-
- Johor Bahru
- Pasir Gudang
- Skudai
- Ulu Tiram
- Nusajaya
- Tampoi
- Kempas
- Gelang Patah
- Pulai
Bagi sesiapa yang hendak mendapatkan servis bateri dari bateriku.com Johor ni boleh hubungi mereka seperti berikut:-
Wahhh bagusnya ada service mcm ni. Meh berkembang ke perak pulak. hehe
ReplyDeletebagus abe we... jujur dgn boss...
ReplyDeletebagus servis bateriku.com ni... murah dan tip top
I agree that the service you are writing about is good. But I want to recommend the tool - https://copywritely.com/ - it is better than your service because it has a graphing function based on keyword analysis.
DeleteBateriku.com ada..lagi mudah laa pasni kan ...
ReplyDeleteSegalanya mudah dengan adanya bateriku.com
ReplyDeleteSegalanya jadi mudah dengan adanya BATERIKU.COM Dah tak perlu nak risau lagi bila bateri kong.
ReplyDeleteHarga bateri yg bateriku.com tawarkan lebih murah dari beli kat kedai. Siap ada pakej free check lagi. Mudah & jimat.
ReplyDeletemurah ni..nanti boleh lah recommend dekat sedara mara.. :)
ReplyDeleteok abe, lain kali jgn mesej bos dah..terus mesej bateriku.com.
ReplyDeleteKadang nampak keta tersadai tepi jalan, kesian tggu lama kot la ada yg nak bantu, .. nak jugak aku bagi no fon bateriku.com (kalau masalah bateri)
Berapa harga bateri NS 70 yang free maintenance ya
ReplyDelete