Pengasingan sisa pepejal - Bersediakah kita?
Pengasinga sisa pepejal telah pun di kuatkuasakan pada 1 September 2015 (baca DI SINI). Realitinya, perlaksanaan ini nampak tergesa-gesa dan kita masih tidak bersedia.
Kempen kesedaran
Kempen kesedaran rasanya macam jarang-jarang nampak. Ke Abe We tak tengok berita sangat? Tapi, seriously, masa keluar dekat surat khabar, rasanya memang kurang kempen tu. Tiba-tiba terus je laksana.
Tapi nak kata salah diorang pun tak patut jugak. Actually, kempen ni dah bertahun lamanya bagi yang perasan.
Bermula dengan program kitar semula. Kita di ajar untuk mengasingkan bahan buangan seperti plastik, kertas, kaca, tin aluminium dan sebagainya di buang masuk ke tong sampah yang berwarna mengikut kategori sampah itu sendiri.

Kempen kitar semula ni memang dah lama dan di praktikkan semasa kita membuang sampah bukan di kawasan rumah kita.
Biasanya tong sampah ni ada dekat tempat rekreasi, kompleks membeli belah dan beberapa tempat lain lagi.
Kita sebenarnya dah di didik lama, cuma tidak di praktikkan di rumah.
Jadi, sekarang ni pihak kerajaan menyuruh kita agar praktikkannya di rumah. Namun apa yang terjadi?
Sikap kita
Sebenarnya kempen-kempen yang di jalankan sudah cukup untuk memberi kita kesedaran. Cuma, kegagalan kempen ini sebernya bermula di rumah.
Kenapa Abe We cakap gagal bermula di rumah?
Cuba mengaku, siapa yang rajin nak asingkan sisa ni di rumah? Biasanya kita buang segala sampah tak kita sisa buangan, kertas, plastik dan sebagainya di buang dalam 1 tong sampah. Kita tak de pun nak asingkan di rumah. Tapi, bila di luar, nampak tong kitar semula ni, tahu pula kita nak asingkan (tapi ada je sebahagian besar nampak tong ni main pakai buang je).

Abe We sendiri di rumah pun malas nak asingkan. Lagi senang kalau campak dalam 1 plastik je.
Tapi sejak kempen ni di kuatkuasakan, Abe We dah mula asingkan kertas, kotak dan plastik. Kumpul dalam plastik berasingan. Letak dekat porch kereta. Bila dah banyak, jual dekat pusat kitar semula di Presint 9 Putrajaya. Setakat ni Abe We dah jual 2 kotak 2 kali.
Kali pertama tu, berat semua kotak tu 23 kilogram. Memang gila berat semua kotak tu. Lenguh tangan nak angkat. Abe We cakap dekat mama Harraz,
ni kotak berat-berat ni kurang-kurang kita jual boleh dapat lebih RM10.00
Kotak yang kedua pula dalam belas-belas kilogram je. Dapatlah RM2.00 lebih. Jadilah. Rezeki...
Sekarang ni ada kotak yang ketiga dan plastik yang pertama. Plastik tu sebab beli air tong (dispenser). Memang banyak lah tong plastik tu. At least jual dapat gak lah duit.
Selain tu, minyak masak pun boleh kitar semula tau.
Cara mengasingkan sisa pepejal
Jom kita amalkan pengasingan sisa pepejal dengan mengikuti langkah-langkah di bawah ini:-
1) Sisa pepejal yang diasingkan, dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai/plastik sampah. Letakkan di tepi tong sampah pada hari kutipan
2) Sisa pukal diletakkan dengan kemas di bahu jalan hadapan rumah pada hari kutipan
3) Sisa makanan dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai/plastik sampah dan masukkan ke dalam tong
Senang je kan? Ada 3 kaedah pengasingan. Yang mana perlu di letakkan dalam tong sampah dan juga luar tong sampah.
Tengok gambarajah atas ni mesti kita dah boleh buat.
#kalaubukankitasiapalagi
Negeri yang menjalankan pengasingan sisa pepejal
Ehhh...Selangor tak de lah!!!!
Patutlah bila Abe We asingkan sisa kitar semula, diorang tak kutip. Dah 3-4 kali Abe We asingkan. Sudahnya, simpan balik sampah-sampah tu. Hihihi....
Denda tidak mengasingkan sisa pepejal
Sepertimana yang kita tahu, mereka yang melanggar peraturan ini akan dikenakan denda atau kompaun bermula dengan RM50 bagi rumah atas tanah atau teres. RM50 utk kesalahan pertama, RM100 utk kesalahan kedua, RM500 untuk kesalahan ketiga
Untuk rumah bertingkat seperti PPR (projek perumahan rakyat) ini, kita akan kenakan kompaun RM100 bagi kesalahan pertama, RM200 bagi kesalahan kedua, dan ketiga RM500
SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!
Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35
Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra
kalau buat macam nie akan datang semakin bersih negara kita
ReplyDeletenad selalu asingkan
ReplyDelete