Sungai Buloh syurga tanaman perhiasan
Bagi peminat tanaman hiasan di rumah, pastinya kunjungan anda tidak lengkap jika tidak ke Sungai Buloh.
Abe We pun baru tahu sebenarnya yang di Sungai Buloh ada nursery yang mengujakan. Sebelum ni memang tercari-cari nak pergi nursery mana nak cari pokok.
Tapi bila mama harraz melakukan paksaan untuk kesana, ternyata rasa nak pergi lagi minggu depan. Banyak betul pokok di jual di sini. Dan satu pokok yang Abe We dok cari iaitu Pokok Nyamuk.
![]() |
Pokok nyamuj yang Abe We dok cari. Jumpa gak.... |
Rumput karpet murah
Tujuan sebenar Abe We ke sini adalah untuk cari rumput karpet murah. Mama harraz ada cakap dekat Abe We, kalau nak cari rumput murah, jangan beli yang dekat tepi jalan.
Pa, kalau nak beli rumput murah, jangan beli yang dekat tepi jalan
Ok.....satu arahan yang sukar untuk seorang driver macam Abe We. Terpusing-pusing tau Abe We cari kata kunci dari mama harraz......
Setelah salah ikut google maps, Abe We pun akur dengan arahan mama harraz untuk masuk ke jalan kampung! Jalan kampung ko!!!
Dalam hati Abe We berbisik:-
Gila ke ape nak masuk dalam kampung ni. Mana lah ada orang jual rumput......
Nak tau tak, Abe We silap rupanya. Dekat kampung tu la diorang tanam. Jom kita usha tempat dia.
Keluar je dari Tol Hospital Sungai Buloh, jumpa simpang tiga traffic light, belok kiri, terus je sampai jumpa Uitm. Dah jumpa Uitam, terus lagi.
Lepas jumpa Uitm, kita akan jumpa kuarters ni dan satu jalan ke kawasan macam hutan. Terus je. Jalan je. Jangan takut.
Jalan ke kawasan kampung tu macam ni lah. Jalan je ye. Jangan takut.
Bila dah masuk kawasan kampung ni, di kiri dan kanan jalan, kita akan nampak banyak rumput karpet di tanam.
Kalau nak survey ke seluruhan kampung ni, terus je jalan.
Bila rasa kita nak tanya berapa harga rumput ni, anda berhenti di kawasan yang ada pekerja indonesia tengah tanam rumput ni. Berhenti je kereta di tepi jalan. Lepas tu panggil dia. Tanya harga.
3 jenis rumput karpet
Ada 3 jenis rumput karpet yang di jual di sini.
- Rumput Mutiara
- Rumput Philippine
- Rumput Jepun
![]() |
Rumput Mutiara |
![]() |
Rumput Philippine |
Rumput Jepun |
Untuk pengetahuan, rumput jepun adalah lebih halus lagi dari rumpu Philliphine.
Harga rumput karpet
Harga rumput karpet yang di jual di kampung ini adalah seperti berikut:-- Rumput Mutiara - RM1.50 (1 kaki x 2 kaki)
- Rumput Philippine - RM1.50 (1 kaki x 2 kaki)
- Rumput Jepun - RM3.00 (1 kaki x 2 kaki)
Hasil dari nursery Sungai Buloh
Aktiviti di pagi ahad bermula.....Tadaaaa.......ni lah hasil tanam sendiri rumput karpet jepun. Patah pinggang beb.......
SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!
Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35
Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra
Suka rumput jepun tu...
ReplyDeleteuiii..besarnya rumah..hehhehe..dulu ada plan juga nak tanam rumput depan rumah..tapi bila dah lama sangat, rasa macam nak simen je. hehehe
ReplyDeleteAde no fon yg menjual tu?
ReplyDeleteJangan beli hat tepi jalang yeee. Baru tau. haha
ReplyDeleteboleh beri contact number?
ReplyDeletejika berminat sila watshapp sya ada pelbagai jenis rumput dan pokok 0172981660/0102750417
ReplyDeleteBoleh Kasi alamat tak yg Ada daun Halau nyamuk Tu?
ReplyDeleteboss bleh bg no tel kedai 2 x...
ReplyDeletePm contact no kedai ni
ReplyDelete