Pendaftaran Simpanan Shariah di semua kaunter KWSP bermula dari 8.8.16
Alhamdulillah....
Kini, KWSP telah menjalankan Simpanan Shariah. Bagi mereka yang belum mengetahui, sebelum ini, simpanan di KWSP adalah meragukan. Namun kini, KWSP telah pun mengorak langkah dengan membuat Simpanan Shariah.
Prinsip Syariah menetapkan bahawa tiada jaminan pulangan minimum kerana memberi sebarang jaminan ke atas pulangan tetap adalah sama dengan amalan riba yang diharamkan. Tidak seperti dana semasa, dividen untuk dana Syariah akan berdasarkan prestasi sebenar pelaburan yang dibuat di bawah portfolio Syariah.
Opsyen dana patuh Syariah KWSP ini merupakan salah satu inisiatif penambahbaikan yang telah dicadangkan kepada ahli semasa kempen Rundingan Ahli pada April tahun ini. Hasil daripada rundingan tersebut yang dijalankan secara online menunjukkan 71 peratus responden bersetuju dengan cadangan KWSP untuk memberi pilihan supaya ahli boleh memilih untuk menukar dana persaraan KWSP semasa kepada dana persaraan patuh Syariah.
Berikutan permintaan yang memberansangkan dari ahli KWSP, cadangan pindaan kepada Akta KWSP ini membolehkan ahli KWSP, tidak kira bangsa atau agama, memilih untuk akaun mereka diuruskan mengikut prinsip Syariah.
Simpanan Shariah KWSP
Bagi mereka yang tidak tahu mengenai perkara ini, boleh baca pengenalan skim ini.
1. Apakah Simpanan Shariah?
Simpanan Shariah merupakan satu inisiatif oleh KWSP bagi membolehkan ahli KWSP memilih untuk akaunnya diuruskan dan dilaburkan mengikut Syariah.
2. Mengapakah Simpanan Shariah baru diperkenalkan?
Ianya baru diperkenalkan kerana terdapat permintaan di kalangan ahli KWSP supaya akaun mereka diuruskan dan dilaburkan mengikut Syariah. Selain itu, berdasarkan hasil Kaji Selidik Rundingan Ahli ke atas Inisiatif Penambahbaikan Simpanan Persaraan Ahli KWSP yang telah dijalankan pada April 2015, sebanyak 71% responden (ahli) bersetuju pilihan simpanan persaraan patuh Syariah diperkenalkan.
3. Bilakah inisiatif ini akan dilaksanakan?
Pendaftaran Simpanan Shariah bermula 8 Ogos 2016 dan sebanyak RM100 bilion dana patuh syariah diperuntukkan bagi 2017. Bagi melayakkan ahli mendapatkan tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah pada 2017, ahli mestilah memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah selewat- lewatnya pada 23 Disember 2016, tertakluk kepada peruntukkan dana tersebut.
No comments:
Post a Comment