Ernesto Valverde jurulatih baru Barcelona musim 2018/19
Teka teki tempat duduk Luis Enrique sebagai jurulatih Barcelona akhirnya terjawab dengan perlantikan Ernesto Valverde yang akan menggantikannya bermula musim 2018/19.
Siapa Ernesto Valverde
Ernesto Valverde adalah salah seorang pemain penyerang bagi Barcelona pada musim 1988 sehingga 1990. Beliau telah bermain sebanyak 22 perlawanan dengan menjaringkan 8 gol. Mula membuat penampilan di peringkat senior dengan menyertai kelab Alaves (1983-1985) kemudian beliau menyertai Sestao (1985-1986), Espanyol (1986-1988), Barcelona (1988-1990), Athletic Bilbao (1990-1996) dan menamatkan karier di Mallorca (1996-1997).
Kerjaya sebagai jurulatih
Setelah menamatkan karier sebagai pemain bola sepak, Ernesto Valverde kemudiannya mula menjadi penolong jurulatih Athletic Bilbao pada tahun 2001-2002 dan pada tahun 2002-2005 beliau di angkat menjadi jurulatih.
Beliau kemudiannya berpindah ke beberapa kelab lain iaitu Espanyol (2006-2008), Olympiacos (2008-2009), Villareal (2009-2010), Valencia (2012-2013) dan Athletic Bilbao (2013-2017).
Masa depan bersama Barcelona
Dari statistik kerjaya beliau, beliau cemerlang membimbingi kelab Olympiacos dengan memenangi liga Superleague Greece sebanyak 3 kali iaitu pada tahun (2008-2009), (2010-2011), (2011-2012) dan juga piala Greek Football sebanyak 2 kali iaitu pada (2008-2009) dan (2011-2012).
Bersama Espanyol beliau memenangi tempat ke-2 piala UEFA iaitu pada tahun 2006-2007 dan bersama Athletic Bilbao memenangi Supercopa de Espana pada tahun 2015.
Adakah beliau akan berjaya mengemudi Barcelona musim hadapan?
Sama-sama kita lihat...
bola, bola & bola..bw pg 4 ramadan..:)
ReplyDelete