Sunday, 3 September 2017

Haiyaa...tayar bocor di cucuk besi

Tayar kereta bocor, selamat ada bengkel kereta buka kedai di kampung


Musim cuti-cuti ni, kalau tiba-tiba kereta kita bermasalah mesti risau kan. Tiba-tiba pula tayar kereta BeWe ni lembik, kurang angin. Mana nak cari bengkel ni?


Sebenarnya kan, BeWe dah perasan lagi sebelum balik kampung hari tu. Masa tengah kemas barang-barang, nampak tayar kereta ni lembik sedikit. Lepas tu BeWe pun pergi lah pam.

Tapi masa perjalanan balik kampung tu, malam rabu tu memang tawakal je lah. Harap-harap tak lah bocor lagi teruk.

Bila sampai kampung, memang tak lembik teruk pun tayarnya. Masih ok lagi. Tapi bila nak balik KL, tayarnya pun dah lembik sedikit dalam 10psi. Kira banyak juga kurang sebenarnya.


Selamatlah hari ni kedai dah mula banyak buka. Tak lah risau sangat nak balik KL. Kalau ikutkan hati, memang BeWe nak tawakal lagi sekali je.

Bila dah sampai bengkel, tengok dia keluarkan besi tu, punya panjang. Entah dekat mana kena besi ni.

So, bila dah tampal, hati pun senang nak balik KL. Takde risau lagi dah. Cuma bila cerita bab kesesakan di lebuh raya a.k.a jem sahaja yang amat merisaukan. Agak teruk sangat jem, kita check in dekat hotel la malam ni. Hahaaaa

No comments:

Post a Comment