Wednesday, 18 October 2017

Gastrik beransur pulih lepas makan Alfalfa

3 minggu pedih perut, kini pulih lepas makanAlfalfa


Hari ni, BeWe nak kongsi pengalaman BeWe semasa menghidap pedih perut selama lebih kurang 3 minggu. Lama tuh. Sebab bila makan pedas sikit pun, terus je pedih perut ni.


Masa mula-mula kena lebih kurang sebulan lepas, BeWe ingatkan pedih perut ni sekejap je boleh hilang. Memang BeWe kadang-kadang kena pedih perut ni. Biasanya kalau kena, tak lebih dari sehari dah boleh hilang.

Tapi, kali ni, dekat BeWe rasa pelik. Mula-mula tahan la sehari dua. Lepas tu bila dah naik seminggu, BeWe rasa tak sedap hati lah. Mana taknya, bila makan pedas sikit pun, terus je rasa pedih perut ni. Lepas tu, makan apa-apa je bagi nak hilangkan pedih ni tak menjadi.

Bila dah masuk minggu ke-2, BeWe pergi lah klinik. Bila pergi klinik, doktor pun cakap gastrik. Tapi kalau dalam masa 1 minggu tak baik juga, kena lah pergi hospital untuk masukkan kamera.

Hadoiiii...bab pergi hospital ni yang paling malas. Tapi dek kerana nak hilangkan pedih perut ni, makan juga lah ubat klinik tu. Bila makan ubat tu, hilanglah rasa pedih tu. Walaupun tak hilang semua, ada juga lah sikit-sikit.

Sambil-sambil makan ubat, BeWe pun cari lah alternatif lain. Kawan BeWe pun suggestlah makan Alfalfa. Bila dah makan sehari dua, nampak cepat juga kesan dia. Masa ni, ubat klinik dah tak makan lagi dah. Sebab nak tengok keberkesanan Alfalfa ni. Bila dah seminggu makan, makin lega. Lagipun Alfalfa ni dari sumber semulajadi. Makanya, eloklah di amalkan. Tak gitu?


Alhaldulillah, sekarang ni dah semakin beransur kurang dah pedih perut. Kadang-kadang tu, rasa angin je perut ni, BeWe makan lebih sikit Alfalfa ni. Prott...Prottt...dia keluar. Selesa amat!!

Dengan harga serendah RM50, boleh dapat 330 biji. Banyak tu. Sehari makan tak lebih dari 10 biji. Sekarang ni, memang BeWe amalkan makan alfalfa ni. Pergi kemana saja pun bawa alfalfa ni. Tak boleh tinggal.

Kalau sesiapa yang nak order dengan BeWe, BeWe bagi harga kawan-kawan punya. Meh roger BeWe di 017-8125655.

Jangan risau, BeWe memang ejen sah Shaklee. :)

No comments:

Post a Comment