Bina rak stor tanpa upah orang
Aktiviti hujung minggu BeWe tak lengkap tanpa membuat kerja-kerja DIY ni. Cewah. Sebenarnya atas desakan mama Harraz. Makanya, janji 2 tahun kenalah laksanakan. Kali ini, BeWe buat rak stor secara DIY sahaja. Tak susah. Tapi mahal juga sebenarnya.
Bahan dan alatan yang di gunakan untuk membuat rak stor
Antara alatan dan juga alatan yang BeWe gunakan ialah:-
1) Mesing potong plywood
2) Gergaji besi
Manakala bahan-bahannya ialah:-
1) Plywood tebal 16mm - RM48/keping
2) Besi rak - RM16/batang
3) Skru rak - yang ni tak ingat harganya
Besi rak ni ada 2 jenis yang di jual di hardware. BeWe pun dah lupa saiz besi ni berapa inci. Tapi dia jenis yang tak berapa besar sangat lah.
BeWe rasa lebih kurang 12-16 batang besi ni BeWe beli. Mula-mula beli 6 batang. Tak cukup. Lepas tu beli 4 batang. Tak cukup lagi. Lepas tu entah berapa batang lagi tah beli. 2 minggu jugalah nak siapkan. Eh, 2 kali sabtu dan ahad juga lah nak siapkan.
Cuba tengok gambar tu. Yang ni separa siap. Dah buat rak straight, mama Harraz nak tambah bentuk L pula. Tu yang sampai 2 kali sabtu & ahad buat.
Kalau nak tengok gambar yang dah siap, memang tak boleh nak tunjuk. Sepah juga!!
Hahahaha....
mesti menarik ni.. tengok kemas jer buat rak..
ReplyDeleteOp kos. Tangan seni ni...
DeleteRajinnya..
ReplyDeleteSetelah janji dicapati
Deleteuishh janji 2 tahun tuuu. sama macam ayh kita. suka la mama harraz tu
ReplyDeleteKikikiiii.....
DeleteGlad to chat your blog, I seem to be forward to more reliable articles and I think we all wish to thank so many good articles, blog to share with us. Discount clothes
ReplyDelete