Sweden mara ke Piala Dunia 2018, singkir Itali
Piala Dunia 2018 banyak menyaksikan kejutan. Iceland buat kali pertama layak ke Piala Dunia 2018. Manakala Itali pula gagal ke Piala Dunia 2018. Sesuatu yang mengejutkan ramai peminat bola sepak.
Sejarah 60 tahun lepas berulang
Sesuatu yang amat mengecewakan peminat bola terutama penyokong Itali apabila pasukan itu terpaksa bermain play-off bagi melayakkan diri ke Piala Dunia 2018.
Itali adalah salah satu nama besar dalam dunia bola sepak yang menduduki ranking ke-15 FIFA menjadi negara ke-3 yang gagal melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 selepas, Chile, Peru dan Wales.
Itali tiada penyerang berprolifik tinggi
Jika di sebut sahaja pasukan Itali, peminat bola pasti akan memuji jentera pertahanan mereka yang sememangnya agak bagus.
Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini, pasukan Itali di lihat kurang memiliki jentera serangan yang baik selepas Totti bersara dari arena bola sepak.
Walaupun memenangi Piala Dunia 2006, namun pada kejohanan itu, pasukan Itali hanya sekadar seri 1-1 dengan pasukan Itali. Dan permainan terpaksa di sambung sehingga sepakan penalti.
Antara penyerang Itali yang meningkat naik, Andrea Belotti yang menjadi pemain gantian pada separuh masa ke-2 juga turut membantu pasukan itu layak ke Piala Dunia 2018.
Walaupun tidak layak ke Piala Dunia 2018, Itali masih boleh mencuba pada edisi Piala Dunia selanjutnya sepertimana Malaysia juga.
No comments:
Post a Comment