Thursday 29 March 2018

Jom dapatkan rumah PNB Value Homes di Port Dickson

Harga maksimum PNB Value Homes


Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui anak syarikatnya telah melancarkan rumah mampu milik yang di kenali dengan nama PNB Value Homes. Dengan harga mampu milik, ia mampu menolong mereka yang tidak mempunyai rumah pertama untuk membeli rumah.

Pnb value homes

Syarat-syarat mohon PNB Value Homes


Sebelum kita pergi lebih lanjut berkenaan rumah ini, mari kita lihat dahulu syarat-syaratnya. Syarat-syarat yang di tetapkan agak ketat dan bukan semua orang boleh memohon.

Syarat-syarat mohon PNB Value Homes ialah:-

1. Untuk pasangan berkahwin
2. Untuk ibu tunggal ataupun bapa tunggal
3. Pendapatan seisi rumah RM5,000
4. Untuk pembeli rumah pertama

Untuk makluman, rumah PNB Value Homes hanya untuk pembeli rumah pertama sahaja. Bagi mereka yang telah mempunyai rumah, anda tidak layak untuk memohon.

Lokasi PNB Value Homes


Pada masa ini, 2 lokasi telah di muktamadkan iaitu Port Dickson dan juga Telok Datok, Banting, Selangor.

Lokasi PNB Value Homes Port Dickson


Untuk mencari lokasi ini, BeWe bagi alamatnya.

Jalan Pinang 1, Taman Dato Haji Abdul Samad, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Pnb value homes

Untuk makluman, hanya terdapat 140 unit rumah PNB Value Homes ini di Port Dickson. Sangat terhad rumah di PD ni di sebabkan luas kawasan ini hanya 10 ekar sahaja. 

Keluasan rumah ini adalah 20' x 60'.

Lokasi PNB Value Homes Telok Datok, Banting


Lokasi PNB Value Homes Telok Datok, Banting pula terletak di belakang Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad.

Pnb value homes

Lokasi PNB Value Homes Telok Datok, Banting menawarkan 1400 unit rumah terdiri daripada teres dan juga banglo.

Rumah contoh PNB Value Homes


Untuk makluman, rumah contoh Lokasi PNB Value Homes di Port Dickson telah pun siap di bina dan di jangka di lancarkan oleh Perdana Menteri pada bulan April.

Pnb value homes

Untuk bahagian dalam rumah akan di update secepat mungkin.

Pnb value homes

Pnb value homes

Pnb value homes



5 comments:

  1. Alaaaa..dah beli rumah...nak beli rumah kedua macam tak lepas je..hahaha...

    ReplyDelete
  2. kalaulah mama duk pd mest nak apply.. best

    ReplyDelete
  3. Lawalah rumah..dah ckp syarat ni..nak mohon lah satu..hihi

    ReplyDelete
  4. Di mana dan macam mana nak mohon ya? Saya belum pernah beli rumah lagi

    ReplyDelete