Saturday 17 March 2018

Selamat tinggal Toys 'R' Us

Toys 'R' Us bangkrap, tutup kedai satu dunia


Antara kedai yang paling di takuti oleh semua ibu bapa di dunia, Toys 'R' Us telah pun di isytihar muflis.


Amat mendukacitakan sebenarnya bila mendengar berita ini. Apatah lagi Toys 'R' Us ni adalah kedai yang paling BeWe suka sangat untuk masuk.

Tapi kalau nak beli, mahal bebenor yeop. So, masuk cuci mata memang best. 

Setakat ni, kalau masuk dengan Harraz, dia memang tak minta apa-apa pun. Dia pun join cuci mata juga. Hahaaa.

Penah juga lah BeWe beli 1, 2 toys dekat Toys 'R' Us ni. Tapi beli yang murah je la. Kalau tengok toys Transformers, memang geram je. 

So, lepas ni kalau pergi Alamanda dengan IOI City Mall Putrajaya, dah boleh jalan dengan tenang lah. Tapi kesian pula dekat pekerja Toys 'R' Us nanti. Terpaksa cari kerja lain.

Harap-harap la ada jualan mega dari Toys 'R' Us ni. Kot dapat harga murah gila. Huhuu.

1 comment:

  1. Camne lah boleh muflis tu kan.. Rsnya syarikat ni gah jugak..

    ReplyDelete