Saturday, 19 May 2018

Di Manakah Terletaknya Kekuatan Parti Pribumi Bersatu Malaysia


Kekuatan Parti Pribumi Bersatu Malaysia


Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang di tubuhkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Dato Seri Shafiee Apdal baru sahaja berusia beberapa tahun. Namun kekuatan parti ini sukar di jangka.


Parti ini pernah dan juga selalu di kritik oleh bekas perdana menteri yang lepas. Kalau hendak di ikutkan, kekuatan parti ini tidaklah kuat mana. Nak menang pilihan raya pun belum tentu lagi kalau di ikutkan secara kasar. Jom ikuti temubual eksklusif tentang kekuatan parti ini.

Wartawan : Dato Seri, sebelum PRU14, parti ini di lihat tidak mampu untuk bertanding. Namun, setelah tamat PRU14, ternyata jangkaan itu meleset. Boleh Dato Seri nyatakan kekuatan parti ini?

Dato Seri : Alhamdulillah. Setelah PRU14, ternyata ramai yang memberikan sokongan terhadap parti ini. Walaupun ROS telah menghalang kami dari berdaftar secara sah, namun penerimaan rakyat sangat membanggakan.

Antara kekuatan parti ini ialah terletak pada logonya.

Wartawan : Boleh Dato Seri perjelaskan lebih lagi?  Kenapa kekuatan parti ini terletak pada logonya?

Dato Seri : Ramai yang tidak tahu sebenarnya. Parti ini menggunakan logo bunga kerana ia lebih sinonim dengan rakyat Malaysia. Ini kerana dengan logo bunga ini, kita ambil kata-kata orang tua, "ada bunga kembang di taman, ingin kami menyuntingnya". Chia chia.....

Dan ia ternyata logo bunga ini membuahkan hasil dan ramai rakyat Malaysia telah menyunting kami....

Wartawan : 😫😫


p/s : ini hanya cerita rekaan sahaja. Hihii...

8 comments: