Tuesday, 15 May 2018

Pengalaman beli tayar kereta di Lazada

Tayar kereta murah, tapi ada hidden charges dari kedai tayar


Haa...meh dengar pengalaman BeWe beli tayar kereta secara online di Lazada.


Persoalannya sekarang. Ok ke tak beli tayar secara online? Meh BeWe nak cerita.

Tayar kereta di Lazada memang murah


Murah ke tayar kereta ni? Ada ke orang beli tayar di Lazada? Siapa nak pasang tayar ni?

Ni la persoalan jika kita memang tak pernah beli tayar kereta di Lazada. Jom kita pergi dari satu-satu soalan.

Murah ke tayar kereta ni?


Ye. Tayar ni memang murah dari kedai tayar. BeWe dah pakai tayar ni dari mula-mula beli kereta lagi. Paling murah BeWe pernah beli tayar ni RM170 sebiji. Tapi sekarang ni harga tayar ni RM149 sebiji. Murah kan? BeWe memang tak pernah tukar jenama lain. Memang pakai Good Year sahaja. Punya setia. Hahaaa

Ada ke orang beli tayar di Lazada?


Kalau ikut logik, siapa nak beli tayar ni kan? Kot dia pos ke rumah. Mau beratus ringgit postage dia.

Jangan risau cik adik cik abang cikebum cikebum. Sebelum beli, kita cek saiz tayar kita dan kedai yang offer tayar ni.


Tengok gambar di atas ni. Penjual ni ada menyatakan kedai yang menawarkan tayar ni. Pilih la jika berdekatan dengan rumah kita.

Siapa nak pasang tayar ni?


Tayar ni kita bayar sahaja. Nanti penjual akan arrange kedai yang jual tayar ni. Sebagai contoh, BeWe ingat kedai dekat Bangi ada tayar ni. Tapi penjual ni mesej, kedai dekat Kajang yang ada tayar ni.

Hi, Wayne Harraz, TyreExpert here. Regarding your order 202118105263363 with 2pc(s) 185/60/14 185/60R14 GOODYEAR Assurance Duraplus (With Installation). Our nearest installer workshop based on your address is located in Kajang (Jalan Bukit) *Toyo Centre*. Please provide me your car registration number, car model and also appointment date for me to process your order. Our installer working hour is Mon-Sat 9am-7pm. Please bring along a printed order or show your order from your phone when you arrive the workshop. Thank you. 
Address:
No. 21, Jalan S10/2,
Section 10 Off Jalan Bukit,
43000 Kajang,
Selangor. 
Google Maps: http://bit.ly/te_sajb_gm 
Like our Facebook: https://www.facebook.com/TyreExpert/
Ini adalah mesej yang di hantar oleh penjual tayar ni.

Pengalaman ngeri bila sampai kedai tayar


Bila kita dah buat appointment, dengan harapan kita tidak akan di kelentong. Hahaa....jangan mimpi. Mesti kita kena kelentong juga. Meh BeWe nak cerita.


Ni lah kedainya. Ye ye je la dalam mesej kedai buka pukul 9. Tengok-tengok dekat 9.30 baru buka. Bila dah buka, tunggu dia kemas dulu.

Dah siap kemas, dah buka tayar, tunggu tayar sampai pula. Uols tengok lah berapa banyak masa BeWe habiskan. Sia-sia je tunggu.

Lepas dia alihkan kereta BeWe, dia cakap kenapa handbrake BeWe lembut semacam. BeWe pun cakaplah untuk dia cek. Dia pun cek lah. Dia cakap pam brek bocor. Nak tukar, RM80 sebelah. Dia cek lagi sebelah. Pun dia cakap bocor juga. BeWe nampaklah yang sebelah tu bocor.

Tapi BeWe tak bagi dia tukar. BeWe lebih percaya dengan bengkel kepercayaan BeWe iaitu

Melalui perbualan dengan Awang aka Tokeh Capture Garage, pam brek ni, kalau buat dengan dia, hanya RM80 siap pasang. Dengan kedai tayar ni harga barang je RM80.

Part yang kedua pula. Lepas tayar lama di buka, tiba-tiba pekerja dia tukar valve tayar. Dia cakap dah bocor.



Valve tayar ni tempat isi angin tayar.

Memang hangin la BeWe pagi tu. Aku datang nak tukar tayar. Korang nak tukar macam-macam pula.

BeWe cakap dengan pekerja tu. Siapa suruh tukar valve ni?

Pekerja tu cakap "Diorang suruh tukar". Dia rujuk kepada pekerja pertama yang suruh dia buka tayar. 

BeWe cakap lagi. "Berapa harga ni?"

"RM5 satu tayar bos. 2 biji RM10" dia jawab.

"Ada saya suruh tukar?" BeWe tanya lagi.

Dia jawab " Ini sudah rosak bos. Nantu you pakai, angin dia keluar 20-30%"

"Saya pakai, tak pernah pun angin kurang. Siapa suruh tukar? Ada saya suruh tukar? BeWe tanya lagi dengan penuh kelembutan.

"Tunjuk saya yang lama punya. Mana rosak dia?" BeWe minta dia tunjuk valve lama. Sebab dia memandai pasang yang baru tanpa arahan.

Dia pun tunjuk. 

"Tengok. Mana ada rosak." Haa...Kena lagi dengan BeWe.

"Tapi bos, ini sudah lama. Nanti angin keluar." Dia nak menang juga.

"Ada saya suruh tukar?" Kena lagi sekali.

"Haiya! Ini RM10 sahaja ma. Kalau you tak mau, saya belanja you saja lah!" Hah! Marah terus dia sebab tak boleh nak lawan BeWe. Senyum je BeWe.

Pada uols yang nak beli tayar online ni, bila sampai kedai nanti, berhati-hatilah dengan hidden charges ni ye.

Bukan setakat valve tu je. Dia suruh BeWe buat chamber juga. Harga sebatang skru RM45. Memang tak la BeWe nak tukar. Kopak poket ku. Huhuuu....

3 comments:

  1. nasib abewe hati batu haha. Pandai di market jual tayar pastu banyak pulak hidden charge

    ReplyDelete
  2. ishh...memandai je kan...nak tipu la tu...tq bewe share pengalaman ni...lain kali boleh berhati2...

    ReplyDelete
  3. Xleh ka saman kaki2 kelentong ni

    ReplyDelete