Sunday 27 May 2018

Tukar lampu depan kereta Proton Saga BLM

Tukar lampu depan Saga BLM


Salam Ramadhan semua. Pagi ni BeWe nak share cara tukar lampu depan kereta, terutama kereta Proton Saga BLM.


Di sebabkan mentol depan ni sudah terbakar, wajib kita untuk menukar yang baharu demi keselamatan kita, penumpang dan orang sekeliling.

Cara buka mentol depan kereta


Bagi yang nak buka mentol depan kereta sendiri, caranya mudah sahaja. Bagi mentol sebelah kiri, ia berada di kawasan bateri kereta. Bateri kereta ni BeWe beli dengan khidmat Bateriku.com, jenama Amaron.


Terdapat soket yang perlu kita cabut dahulu. Agak ketat sedikit dengan ruang yang terhad. Jadi, longgarkan sedikit bateri supaya kita ada ruang. 

Sesudah soket di cabut, kita cabut getah di bawah ini pula. Getah ni bertindak sebagai penghalang air dari masuk ke dalam lampu. Terdapat tanda TOP pada getah ini dan ia harus di pasang mengikut tulisan ini.


Untuk mencabut mentol, kita juga harus mengumpil besi lock.


Gambar di atas menunjukkan jenama mentol ini di sebelah kiri bawah iaitu Osram.

Apa yang paling penting semasa membeli mentol ini ialah kod mentol yang tertulis seperti di dalam gambar di atas. Untuk Proton Saga, kod mentol di gunakan ialah H4.

Harga mentol Proton Saga BLM


Harga mentol proton Saga BLM yang BeWe beli ialah RM55. Ada kedai jual jenama lain dengan harga di antara RM25-35. Tapi jenamanya memang tak meyakinkan.


Ini adalah kotak mentol yang di maksudkan. Osram H4.

2 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian bermanfaat nih
    sangat membantu

    ReplyDelete
  2. Hampir setiap isi rumah di Malaysia mempunyai cerita untuk memberitahu dengan Proton Saga .

    ReplyDelete