Monday, 18 June 2018

Aktiviti tidak beraya di kampung

Warna lukisan, aktiviti tidak pergi beraya di kampung


Macam mana aktiviti beraya uols? Bagi yang berada di kampung, aktiviti beraya memang syok. Jumpa kawan-kawan, lepas tu mulalah mengOnion. Kan???? Tapi, bila tak pergi beraya, apa yang uols buat?


Di sebabkan dah lama tak mengasah bakat dalam aktiviti mewarna, bertahun juga lah. Lalu BeWe pun beli lah water colour bagi Harraz asah bakat menjadi pelukis yang berjaya. Aminnnn....

BeWe pergilah beli kelengkapan mewarna ni di Mr DIY. Water Colour berharga RM8.00 lebih. Berus warna ada 5 jenis RM3.00 lebih. Bekas warna tu dalam RM2.00 lebih kot. Drawing block BeWe beli dekat Tesco RM2.50.


Dengan aktiviti mewarna ni, dapatlah kurangkan sedikit aktiviti tengok TV si Harraz ni. Asyik tengok TV je.


Cuba tengok Harraz warna matahari tu. Punya panas membara. Hahaaaaa.....

Dengan kereta warna pink dia, rumah pun warna pink. Hahaaa.....

Seronok sangat dapat buat aktiviti mewarna ni. Boleh la BeWe asah bakat yang dah lama tenggelam di telan bumi.


Tengoklah BeWe lukis tu. Pokok kelapa bukan main besar lagi. Sampai rumah tu dah nampak macam reban. Huhuuu

4 comments:

  1. hahahahaha cantik jugak BeWe melukis, tapi ikan memang sekor je ke dekat sungai tu? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan ikan. Nk lukis sampan. Tak siap. Hahaaa

      Delete