Adakah nasib rakyat terus malang dengan SST?
Salam hari kemerdekaan, salam hari kebangsaan. Dan selamat datang SST. Kita telah pun melepasi tarikh 31 Ogos 2018 yang mendebarkan. Dan mulai hari ini, SST yang akan menggantikan GST mula berkuatkuasa.
Perlaksanaan SST mendebarkan
Fuh...Macam mana harga barang mulai 1 September ni ye? Korang rasa naik 10% atau sama? Kalau dulu GST memang terasa bayar semua benda ada 6% ni. Sampai kedai RM2 pun jadi RM2.12.
Kita boleh berharap adanya pengecualian terhadap beberapa barangan. Namun, adakah harga barang tu naik ke tak, kita pun tak pasti.
Harga rumah akan turun dengan SST
Kerajaan telah pun menyatakan bahawa pengecualian terhadap bahan binaan bersempena SST ni. Dengan harapan, harga rumah akan turun.
Sejujurnya peluang untuk harga rumah turun agak tipis sebenarnya. Sebab range harga rumah sekarang untuk landed property bermula dari RM400k. Cuma berkemungkinan developer akan memberi rebat-rebat tertentu.
Rumah merupakan aset yang paling utama sekali apabila kita telah mendirikan rumah tangga. Ada orang rezeki lebih, boleh beli rumah yang mahal. Ada orang rezeki dia kurang sikit, dia beli rumah mampu milik ataupun sub-sale. Kalau korang nak cari info rumah untuk di miliki, insya allah BeWe akan update nanti. Tunggu ye.
Berbalik kepada SST tadi, kita tunggu Isnin ni, 3 September 2018. Pengumuman dari kerajaan. Kalau SST lagi membebankan, lagi 4 tahun kita akan pertimbangkan.
Ya, kalau sst tu membebankan, kita ubah lg 4 tahun.
ReplyDelete