Bolehkah sakit Eczema di pulihkan sepenuhnya?
Alhamdulillah. Setelah 6 bulan melalui dan mengharungi persoalan ini, dengan kekuasaan dan izin Allah, persoalan ini ada jawapannya. Sebenarnya, abang Wayne tiba-tiba menyepi ni di sebabkan kehadiran cahaya mata yang baru. Banyak masa di fokuskan kepada dia. Siapa nama baru cahaya mata abang Wayne?
Suspek G6PD Intermediate
Sejujurnya, abang Wayne banyak dapat info sakit eczema ni dari Mommy Irra. Dia lah ketua darjah AFB, dialah guru besar AFB dan dia lah sumber info sakit eczema untuk abang Wayne.
Blog Mommy Irra menjadi rujukan cerita mengenai eczema |
Masa mula-mula adik Harraz ni di lahirkan, kulitnya putih mulus. Rambut lembat berwarna hitam. Elok je adik Harraz lahir, lepas doktor buat semua ujian darah dan lain-lain, doktor pun beritahu kami yang adik Harraz ada simptom G6PD. Namun klasifikasinya, di klasifikasikan sebagai G6PD Intermediate.
Wah, abang Wayne pernah dengar sakit ni dari komunikasi dalam laman Whatsapp yang turut di hadiri oleh abang fotografer kita iaitu abang Arz yang hensem kacak orangnya. Namun masa baby ni, beberapa item yang perlu di hindari oleh pesakit ni macam ubat nyamuk, ubat gegat, kacang yang paling tajam di dunia (kacang parang) telah di hindari dan di sekat penggunaannya. Namun ujian darah perlu dilakukan ketika baby berusia 6 bulan dan result darah akan keluar pada bulan 9.
Abang Arz yang segak orangnya, dengan cermin mata dan janggut sejemput, berkongsi cerita mengenai G6PD |
Saat di serang Eczema
Pada minggu pertama, muka adik Harraz boleh di katakan agak baik. Namun pada minggu kedua, terdapat beberapa biji merah dan kuping kekuningan muncul di kening dan pipi. Termasuk juga di kepala.
Jangkaan hati abang Wayne, mungkin adik ni salin kulit agaknya. Namun setelah di biarkan, makin lama banyak tanda lain mula muncul. Terutama tanda air kuning pada bantal kepalanya. Bila di cari sumber air kuning tu, tak jumpa. Baunya pula hanyir. Tengok di belakang kepala tak de nampak apa-apa.
Bila dah 2-3 hari tu, tengok dekat telinga dia. Ya Allah. Hanyir. Banyaknya taik telinga kuning-kuning macam mambang kuning. Dari situ rupanya.
Mukanya pula, makin teruk. Bayangkan, dalam pantang. Nak bawa ke klinik, nak pergi klinik kulit mana pun tak tau. Nak pergi hospital, hospital mana pun tak tau. Nak jumpa doktor pakar, nak pergi klinik ke hospital.
Di sebabkan baby baru lahir, maka tempat yang paling tepat untuk di rujuk ialah hospital. Abang Wayne datang ke hospital pada hari ahad. Terus ke bilik emergency. Setelah berjumpa doktor, doktor pun berkata. Ini adalah jangkitan kuman. Namun doktor tidak mengesahkan ianya adalah eczema. Mungkin bukan kepakarannya, maka doktor bagi ubat sapu kaler putih tu.
Selang 2 hari pakai ubat tu..........................................................................
Makin teruk!!!
Wahhh...Stress!!!
Abang Wayne pula masa tu dah start kerja.
Sian mama Harraz dan atuk Harraz terpaksa pergi ke klinik kanak-kanak swasta pula.
Namun, setelah seminggu pakai ubat klinik ni, tak baik-baik juga.
Masa ni lagi stress. Nak refer klinik mana satu ni????????????
bersambung...................
alaa bersambung pulak.. tgh syok baca..hihihi... kesian adik harraz..
ReplyDeleteMenarik ...topik yang bermanfaat tapi agak jarang diketengahkan ..
ReplyDelete