Friday, 2 August 2019

Amalan-amalan sunat di bulan Zulhijjah

Amalan-amalan sunat di bulan zulhijjah


Alhamdulillah. Telah pun kita masuk 1 Zulhijjah pada hari ni bersamaan Jumaat, 3 Ogos 2019. Ada yang keluarga dia tengah mengerjakan haji pada tahun ni. Abah dan mak abang Wayne pun sedang melakukan ibadah haji tahun ni. Best tengok gambar diorang dekat sana. Rasa macam nak pergi sana juga je. Antara amalan-amalan sunat di bulan Zulhijjah yang kita boleh pertingkatkan amalannya boleh kita baca dalam posting ni ye. Jom sama-sama kita tambah amalan-amalan sunat di bulan Zulhijjah.

Amalan-amalan sunat di bulan zulhijjah

Berpuasa
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Puasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah), aku berharap agar Allah menjadikannya penghapus dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya”. [HR. Muslim]

Membanyakkan takbir bermula pada Subuh 1 Zulhijjah sehingga Asar 13 Zulhijjah.

Ibnu ‘Abbas R.anhuma berkata: “Berzikirlah kalian kepada Allah pada hari-hari yang ditentukan iaitu 10 hari pertama Zulhijjah dan juga pada hari-hari tasyriq. Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah pernah keluar ke pasar pada sepuluh hari pertama Zulhijjah, lalu mereka bertakbir, lantas manusia pun ikut bertakbir. Muhammad bin ‘Ali pun bertakbir setelah solat sunat Aidil Adha”. [HR Al-Bukhari]

Menyembelih haiwan korban

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Maka dirikanlah solat kepada Tuhanmu dan sembelihlah korban”. [Surah Al-Kauthar: 2]

Membanyakkan amalan soleh

Memperbanyakkan amalan soleh pada 10 hari awal Zulhijjah merupakan sunnah Nabi SAW dan amalan para sahabatnya. Ia merangkumi semua amal soleh seperti berpuasa, membaca al-Quran, berzikir, berdoa dan sebagainya.

Berdoa

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Sebaik-baik doa adalah doa hari Arafah, dan sebaik-baik perkataan yang aku dan nabi-nabi sebelum ku katakan adalah: Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu untuknya, bagi Pemilikan (seluruh alam), baginya segala pujian, dan Dia Berkuasa di atas segala sesuatu”. (HR. At-Tirmidzi)

Bertaubat Dan Meninggalkan Segala Maksiat dan Dosa
Tidak ada satu manusia biasa pun yang terlepas dari dosa dan maksiat, hal ini merupakan sunnatullah. Di antara yang dapat menghapuskan dosa dan maksiat adalah dengan bertaubat dan istighfar. Rasulullah SAW bersabda:

لو لم تذنبوا لذهب الله بكم و لجآء بقوم يذنبون ثم يستغفرون فيغفرلهم

“Seandainya kamu tidak pernah berbuat dosa, pastilah Allah membinasakan kamu dan akan didatangkannya suatu kaum yang melakukan dosa, lalu mereka beristighfar dan Allah pun mengampuni mereka.” (HR. dari Abu Ayyub Al-Ansari)

Tidak memotong kuku, rambut dan bulu
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah, dan ada diantara kamu yang melaksanakan ibadah korban, maka hendaklah dia menahan diri daripada menggunting rambut (termasuk mencukur bulu) dan memotong kukunya”. (HR. Muslim)

Tidak makan sebelum solat raya

Ibn Buraidah RA berkata: “bahawasanya Rasulullah SAW kebiasaannya tidak akan keluar daripada rumah (untuk pergi mendirikan solat raya aidilfitri) kecuali sehingga telah makan, dan baginda SAW tidak makan pada hari raya haji melainkan selepas pulang (daripada solat raya)”. (HR Ibnu Majah)

Menunaikan solat sunat aidil adha
Ummu Atiyah radiallahu ‘anha berkata:

“Kami disuruh untuk keluar pada hari raya, sehinggalah kami mengeluarkan anak dara kami daripada rumah mereka, kami mengeluarkan wanita-wanita yang haidh supaya mereka pun dapat duduk di belakang orang (yang mendirikan solat raya), lalu mereka bertakbir bersama-sama dengan takbir mereka, berdoa dengan doa mereka, dan mengharapkan keberkatan dan kesucian hari tersebut”. (HR. Al-Bukhari)

2 comments:

  1. ooo tak makan before solat raya eh. baru tau.

    selamat hari raya aidiladha !

    ReplyDelete