Thursday, 29 August 2019

Kempen Beli Produk Muslim - Menteri pun goyang

Kempen Beli Produk Muslim


Seminggu dua ni, di kalangan pengguna muslim telah di kejutkan dengan satu kempen iaitu Kempen Beli Produk Muslim.

Kempen Beli Produk Muslim

Kempen kesedaran wujud setelah kes tulisan jawi


Abang Wayne perasan, kempen di giat di jalankan akibat dari penolakan pengenalan tulisan jawi di sekolah jenis kebangsaan. Akibat dari penolakan ini, kempen ini segera di wujudkan bagi menggoncang kesedaran seluruh Malaysia.

Pelbagai produk Muslim di senaraikan sebagai panduan kepada pengguna muslim yang lain.

Menteri goyah, katakan kempen ini tidak konstruktif


Jika di lihat dengan mata kasar, sebenarnya banyak juga produk muslim di luar sana. Cuma apa yang menjadi mereka terpinggir ialah dari sektor marketing. Untuk menjadikan sesuatu produk terkenal, marketing sangat-sangat di perlukan. Selain itu, penerimaan produk-produk ini di pasaraya besar juga kelihatan suram. Tetapi awas, jika kempen ini di terima dan dilaksanakan 100%, memang ekonomi Malaysia berubah.

Kempen Beli Produk Muslim


Panduan mengenali makanan dan barangan HALAL


Menurut ulamak, HALAL atau tidaknya suatu makanan dan barangan itu bergantung kepada dua faktor;

a) Zat makanan dan barangan itu sendiri; hendaklah tidak tergolong dalam perkara yang disenarai-haramkan oleh Syarak.

b) Cara pemerolehan makanan dan barangan tersebut. Sekalipun zat suatu barang itu HALAL, namun jika diperolehi dengan jalan riba, penipuan dan sebagainya, maka ia adalah haram di sisi Syarak.

Lebih terperinci, semua makanan dan barangan yang hendak diisytiharkan HALAL hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut;

1. Ia tidak mendatangkan mudarat kepada akal dan badan.

2. Ia bebas dari najis

3. Ia bukan produk yang diperolehi dari sumber babi atau anjing.

4. Bagi produk yang diperolehi dari sumber binatang-binatang lain yang HALAL dimakan (khususnya binatang darat) hendaklah dipastikan ianya disembelih mengikut hukum Syarak.


5. Ia diperolehi melalui sumber yang diharuskan

No comments:

Post a Comment