Monday, 2 September 2019

Kesan Kempen Beli Produk Muslim

Lim Guan Eng minta tolong Umno dan Pas hentikan Kempen Beli Produk Muslim


Kempen Beli Produk Muslim baru sahaja di lancarkan. Tapi, Menteri dah pun mula panas punggung. Di harapkan Kempen Beli Produk Muslim tetap terus di laksanakan. Lim Guan Eng minta tolong Umno dan Pas hentikan Kempen Beli Produk Muslim

Lim Guan Eng minta tolong Umno dan Pas hentikan Kempen Beli Produk Muslim

Lim Guan Eng minta tolong Umno dan Pas hentikan Kempen Beli Produk Muslim


Hari ini, Menteri Kewangan pula mengeluarkan satu kenyataan.Guan Eng Appeals For Help From Umno And PAS To End Boycott Of Chinese Businesses.

Kita bukan nak boikot barangan lain. Cuma kita nak mengutamakan barangan dari produk muslim. Kalau dah tak ada sangat barangan produk muslim, kita akan pertimbangkan barang produk lain yang menepati status halal dan thoiyiban.

Tapi ada juga di kalangan muslim yang mempersendakan.

Lim Guan Eng minta tolong Umno dan Pas hentikan Kempen Beli Produk Muslim

Kempen sasar keperluan harian muslim


Untuk makluman, kempen ini adalah kempen untuk kita mengutamakan membeli barangan keperluan harian milik muslim. Keperluan harian ye. Yang kita pakai hari-hari. Untuk makan, minum. Sesungguhnya mencari yang halal itu fardhu. Kalau dah cerita bab kereta, telefon tu, dah tersasar matlamatnya. Itu bukan keperluan harian.

Utamakan Produk Muslim ke atas Produk Non Muslim
Apa kata, shutdown semua akaun media sosial anda seperti FB, Twitter, Insta, Google, Yahoo dll, cari produk muslim lain yang lebih utama seperti SalamWorld.
Tukar kereta Vellfire anda ke Proton (Geely pun non muslim punya), carilah dan utamakan lah produk kereta yang diperbuat oleh Muslim. 
Jangan masuk ke 7-E, IKEA, Tesco, Giant dan lain-lain minimarket / hypermarket yang dimiliki non muslim, jangan pakai online medium macam Shopee, Lazada dll. 
Tidak dilupakan, jangan naik AirAsia boh. Tony Fernandez tu non muslim tu.
Tak payah sembang pasal perkasakan Ekonomi Islam lah kalau tang roti, minyak masak, dan lain-lain yang harga RM 2-3 tu hang beli daripada produk muslim, tapi tang beli kereta, hang utamakan beli daripada company kafir.  
Tutup jelah FB, kan SalamWorld ada! 
Caca marba habis! 
Sampai bila kita nak bercakaran dan bergaduh sesama rakyat Malaysia?
Bagi mereka yang tidak faham ni (mungkin), kita kena perjelaskan tentang matlamat kempen ni. Kita tidak menolak sepenuhnya produk non-bumi lain. Tapi kita mengutamakan dahulu produk muslim. Andaikata langsung tiada produk muslim, baru lah kita boleh mempertimbangkan produk bukan muslim.

Bercakaran dan bergaduh sesama rakyat Malaysia


Dan dari status FB di atas, abang Wayne amat tertarik dengan kenyataan Sampai bila kita nak bercakaran dan bergaduh sesama rakyat Malaysia?

Kita harus ingat, setiap kali berlakunya ketegangan kaum, adalah berpunca dari parti politik dan juga media massa. Dua elemen ini sangat jahat sekali. 2 elemen inilah yang menyebarkan propaganda ketegangan kaum.

Kalau dua elemen ini saling menghebahkan berita yang tepat tak apa juga. Asyik lah nak jadi batu api. Berita yang tepat sukar kita nak peroleh. Kena buka media sosial dengan carian yang banyak, baru lah dapat jawapan yang 70% tepat. Kalau buka media sosial berdasarkan 1-2 sumber je, memang nak jumpa berita yang tepat tu tiada langsung.

Sekali lagi kita terangkan, Kempen Beli Produk Muslim ni adalah kempen mengutamakan pembelian produk harian yang di miliki oleh Muslim. Bukannya boikot produk bukan Muslim. Di harapkan, info ini dapat di salurkan dengan lebih tepat dan berterusan.

No comments:

Post a Comment