Monday, 23 September 2019

PNB118 Menara paling tinggi di Malaysia

PNB118 atau Menara Warisan - Menara paling tinggi di Malaysia


PNB118? Menara Warisan? Ok ok. Jujur siapa yang tak pernah tahu lagi? Confirm ada yang masih tak tahu lagi kewujudan bangunan pencakar langit Malaysia ni. Bakal siap pada 2022. Jom kita kenali Menara PNB118 atau juga di kenali Menara Warisan.

PNB118

Nama Menara PNB118


Menara PNB118 ini di kenali juga sebagai PNB118, Merdeka PNB118, KL118 dan juga Menara Warisan Merdeka.

Asal Usul Menara PNB118


PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), diperbadankan pada bulan Jun 2000 bagi membangunkan presint Warisan Merdeka, dan juga pemilik tanah dan penjaga tunggal kedua-dua Stadium Merdeka dan Stadium Negara. Kedua-dua stadium tersebut telah disenaraikan sebagai tapak "Warisan Kebangsaan" pada Oktober 2005 di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Semenjak dari itu, PNB Merdeka Ventures telah menjalankan pelan pemuliharaan yang teliti sehingga Stadium Merdeka meraih Anugerah Kecemerlangan UNESCO untuk Program Pemuliharaan Warisan Kebudayaan (Asia Pacific) di 2008.

PNB118

Projek mercu tanda Warisan Merdeka, yang dijangka siap pada Disember 2020, merangkumi: sebuah Menara ikonik setinggi 118 tingkat dengan anggaran 3 juta kaki persegi kawasan lantai, yang terdiri daripada 1.65 juta kaki persegi ruang pejabat untuk disewa, sebuah hotel mewah dengan dek pemerhatian dan sebuah pusat membeli-belah. Projek ini disokong oleh pelan infrastruktur utama untuk meningkatkan akses ke presint tersebut sama ada dengan pengangkutan awam atau kereta. Sehingga kini stesen Transit Aliran Massa Rapid Merdeka (MRT) sudah beroperasi. Kerja-kerja infrastruktur sedang dijalankan untuk membina dua terowong untuk kenderaan mengakses menara dan beberapa laluan akses lebuh raya yang mewujudkan jaringan laluan yang lebih banyak.

 kredit - http://www.pnbmerdekaventures.com.my/

Lokasi Menara PNB118



Stadium Merdeka & Stadium Negara

48 peratus kawasan yang menempatkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara telah diwartakan sebagai khazanah warisan negara yang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia.

PNB telah secara sukarela mengambil langkah untuk mengisytiharkan kedua-dua stadium ini sebagai Warisan Kebangsaan. Pengisytiharan ini telah dibuat pada 17 Oktober 2005 di bawah Akta Benda Purba 1976 yang kemudiannya digantikan dengan Akta Warisan Kebangsaan 2005 yang berkuat kuasa pada 30 Disember 2005.
Sebagai bangunan Warisan Kebangsaan, kedua-dua stadium ini tidak boleh dirobohkan, malah pemilik dimestikan menjaga aset warisan negara ini supaya sentiasa berada dalam keadaan baik. Demi menjaga kepentingan Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai hartanah warisan negara, PNB telah juga menubuhkan satu badan amanah khas yang dikenali sebagai Badan Amanah Warisan Merdeka ("the Merdeka Heritage Trust") pada tahun 2006. Objektif utama Badan Amanah Warisan Merdeka ini adalah untuk mengurus, membaik pulih dan memelihara Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai hartanah warisan negara.



Fakta menarik mengenai Menara PNB118


Apa yang menariknya, Menara PNB118 ini akan jadi menara tertinggi di Malaysia dan no. 3 di dunia. Wow!!!.

Kenapa menara ini di panggil 118? Ini karena, ada 118 tingkat keseluruhannya. Di samping itu, yang menjadikan menara ini lebih menarik lagi, di 17 tingkat teratas, terletaknya hotel iaitu ParkHyatt hotel. Bayangkanlah kita duduk di hotel yang begitu tinggi sekali. Fuhhh...kalau siang-siang, memang mengucap tengok bawah. Tapi kalau malam, tengok view KL memang menarik.

PNB118

PNB118

Fakta mengenai Menara PNB118

PNB118


Fakta

Official NameMerdeka PNB118
Other NamesHeritage of Independence, KL118 Tower, Menara Warisan Merdeka, PNB Headquarters
Structure TypeBuilding
StatusUnder Construction
CountryMalaysia
CityKuala Lumpur
Street Address & MapJalan Hang Jebat
Building Functionserviced apartments / hotel / office
Structural Materialcomposite
  • Core: Reinforced Concrete
  • Columns: Concrete Encased Steel
  • Floor Spanning: Steel
Energy LabelGBI Certified; LEED Certified
Proposed2010
Construction Start2014
Completion

2021


Syarikat Terlibat

DeveloperPNB Merdeka Ventures SDN Berhad
Architect
• DesignFender Katsalidis ArchitectsRSP Architects Planners & Engineers; G.A. Brand Design
Structural Engineer
• DesignLeslie E. Robertson AssociatesRobert Bird Group
• Engineer of RecordArup
MEP Engineer
• DesignKTA Tenaga Sdn Bhd
Project ManagerTurner International LLC
Main ContractorUEM Sunrise Berhad; Samsung C&T Corporation
Other Consultant
• CivilArup
• FaçadePermasteelisa Group
• LandscapePentago
• LightingFisher Marantz Stone
• MarketingWordsearch
• Stormwater ManagementFast Flow Systems Pte Ltd
• SustainabilityTerrapin Bright Green
• Vertical TransportationBarker Mohandas, LLC
• Way FindingG.A. Brand Design
• WindRWDI
Material Supplier
• ElevatorKONE
• FormworkDoka Formwork Malaysia Sdn Bhd
• Paint/CoatingJotun
• SealantsDow Corning Corporation
• SteelArcelorMittal


Kemajuan Kerja Terkini


Bagi yang selalu masuk ke KL tu, kalau nampak menara yang macam dekat bawah ni, itulah dia Menara PNB118. Kalau ikut jalan mahameru boleh nampak. Tu je jalan yang selalu abang Wayne jalan. Hahaha...Kalau ikut Mex Highway, kita boleh nampak menara TRX.

PNB118

No comments:

Post a Comment