Tuesday, 24 March 2015

Gold Coast Morib

Gold Coast Morib

Sempena birthday maam beberapa minggu lepas, abe we pun datanglah untuk yang kali ke-2 ke Gold Coast Morib ni.

Sebab apa abe we datang untuk kali yang ke-2? Sebab GCM ni ada pakej Birthday. Kalau sebelum ini abe we book guna Agoda, tapi kali ni, abe we book dari website dia http://goldcoastresort.com.my/

Antara sebab yang abe we nak try Birthday Package ialah:-

  • breakfast for 2
  • dinner for 2
  • birthday cake and gift worth RM114
  • tiket masuk water theme park
Cuma beza dekat dinner dengan birthday cake je kalau ambil pakej biasa. Sebab abe we tak tahu sangat nak makan malam dekat mana. Last year abe we pergi, abe we makan dekat Kanchong Darat. Boleh tahan juga makan dekat situ. Kali ni, nak try la dinner kat sini. Kot lagi sedap.

Not User Friendly

Kenapa abe we katakan Not User Friendly? 

Gold Coast Morib

Website dia tak ada opsyen pilihan bahasa Inggeris. Nak isi date check in, check out, adult, children dan night kena agak-agak.

Tak semua orang faham lain-lain bahasa.

Birthday Package

Gold Coast Morib

Kalau ikutkan apa yang tertera dekat atas dan dalam websitenya, memang berbaloi untuk ambil pakej ni. Sememangnya, bilik dia abe we memang puas hati sangat lah. Selesa. Ada jakuzi dalam bilik. Katil confirm-confirm dapat king size.

Tapi jangan lupa datang bawa IC orang yang nak kita sambut birthday tu.

Apa yang menarik dekat sini, apabila dia mentioned 
Birthday Cake & Gift (worth RM114)

Kena Tipu

Kalau tengok apa yang dia mentioned dalam website dia bukan main lagi. Birthday Cake & Gift (worth RM114). Pasti teruja kan? Sebenarnya anda salah.

Gold Coast Morib

Cake yang diorang bagi tu kecik je. Saiz 5 inci x 5 inci. Kek sponge je plak tu. Cuma di balut dengan krim. Tak adalah macam yang kita bayangkan. Kek yang betul-betul harga mahal. Gift nya pula, patung kambing. Abe we rasa memang tak sampai sangat-sangat RM114.00. Kalau betul nak mention ada cake and gift, tak payahlah mention harganya. Ni buat sakit hati je.

Bukan tu je, nak breakfast pagi tu pun tak cukup tempat. Dia buka 2 khemah besar. So, kita orang pun terpaksalah makan dalam khemah tu sebab dah tak cukup tempat katanya.

Apa yang lebih menyedihkan, makanan dekat khemah tu kurang dari dining hall dia. Yang paling-paling teruk, bila diorang kemas makanan tu pukul 9.30. Walhal, breakfast habis pukul 10.00 pagi. Masa kita orang lalu sebelah dining hall, sedap je orang yang kat dalam tu tengah makan lagi.

Orang yang paling happy

danish makan ice cream

Inilah muka orang yang paling happy. Sebab dapat makan ice cream. Kemahin dia. Tak ingat dunia makan.



tips: Jangan datang weekend. Memang mengecewakan. Datanglah weekdays.

16 comments:

  1. syoknyaaaa. nak pegi jugak lah nanti masa birthday. hahaa

    ReplyDelete
  2. syok wooo mandi..ada jakuzi lagi..mmg mandi aje

    ReplyDelete
  3. ha'ah.. kak ain pun pernah pergi... bilik tidur dengan jakuzi tu memang best arr...!! tapi bab kek birthday dgn gift tu rasa nak nangissss... hahahahahaaa...

    takpe lah.. yg penting quality time dgn family kan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3. bab main air paling best. dalam bilik main air. turun bawah main air lagi. hahaaaa

      Delete
  4. Replies
    1. kek nya tong sampah yang makan. letak dalam peti ais smpai terlupa makan. last-last mati keras kek tu

      Delete
  5. haha kek mati keras tu, yelah kdg2 tak seindah yg diiklan kan, apapun wayne dan famili had a good time kat sana kan.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kek nya mmg keras sbb xda sapa nk mkn. hahaha

      Delete
  6. eh buat malu morib je lah.. nasib baik bkn pcl yg promo pakej mcm tu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuma bab kek je yg failed. accomodation ok dah. dinner pun so so je

      Delete
  7. Perghhh.... kami yang dekat pun tak pernah sampai lagi... Insya Allah next time...

    ReplyDelete
    Replies
    1. datanglah. seronok juga. sambil santai-santai

      Delete
  8. Replies
    1. best gak lah. tp theme park dia tak mencabar sangatlah. ada slide gak. kira, bolehlah

      Delete