Sebuah pesawat syarikat penerbangan tambang murah Jerman dilaporkan terhempas berhampiran sebuah pusat peranginan ski di Banjaran Alps, selatan Perancis hari ini dengan kesemua 150 orang penumpang dan anak kapal dikhuatiri terkorban.
Pesawat berkenaan dalam penerbangan dari Barcelona ke Duesseldorf, Jerman sebelum terhempas di sekitar Barcelonnette, tenggara negara ini.
Sumber berkata, pesawat itu mengeluarkan isyarat kecemasan pada pukul 9.47 pagi waktu tempatan (5.47 petang waktu Malaysia).
Usaha mencari dan menyelamat dijangka mengalami kesukaran dan memakan masa yang lama kerana kawasan pesawat terhempas terletak pada kedudukan tinggi 2,000 meter dari aras laut.
Pesawat berkenaan merupakan milik Germanwings, anak syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa.
Presiden Perancis, Francois Hollande berkata, kesemua 144 penumpang dan enam anak kapal pesawat Airbus A320 itu dikhuatiri terkorban dalam kemalangan tersebut, dengan 45 daripada mereka merupakan rakyat Sepanyol.
“Tiada sebarang tanda menunjukkan ada mangsa yang terselamat,” jelas Hollande dalam satu sidang media, di sini.
Dalam perkembangan sama, Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve berkata, serpihan pesawat sudah ditemukan dan pasukan mencari dan menyelamat kini dalam perjalanan ke tempat kejadian.
“Punca sebenar kemalangan sehingga kini masih tidak diketahui,” kata Perdana Menteri, Manuel Valls. – AFP/REUTERS
lagi pesawat terhempas......
ReplyDeletesedih sob..sob...
Deletetakutnya sekarang nak naik flight kan ewan..
ReplyDeletebtul tu. nak naik dlm malaysia pun takut. lg lah nk g jauh
DeleteAllahu Akhbar....!! Allah s.w.t. jua lah yang memiliki segala yang di langit dan di bumi.... semoga kita semua dilindungiNya... Aamiin..
ReplyDelete*alaaaa... Sabtu ni nak terbang ke Kota Bharu... huhuhuhuuu...*