Tuesday 7 April 2015

Cara edit template - edit panel navigasi

Cara mengedit template

Setelah kita berjaya mengubah template kita, kini tiba masanya berhari raya, kita mengedit atau mengubah suai template kita mengikut cita rasa kita. Apa yang kita perlu mulakan ialah dengan mengenalpasti Labels yang hendak di gunakan di muka hadapan blog kita. Selain itu teknik SEO juga boleh di praktikkan dengan menggunakan kaedah Heading, Sub Heading, Minor Heading dan juga Customs Permalink seperti di bawah.



Edit panel navigasi

Di bab pertama ini, kita akan cuba menukar panel navigasi yang berada di halaman utama kita yang memudahkan pencarian oleh pengunjung.


Apa itu panel navigasi?

Panel navigasi di gunakan bagi memendekkan pencarian sesuatu entri di dalam blog. Untuk mengenalpasti panel navigasi amatlah mudah. Di panel itu terletak perkataan Home, Features, Freedom dan lain-lain lagi mengikut kesesuaian template (lihat gambar di atas sebagai contoh)

Untuk mengedit panel ini, kita boleh meletakkan Labels yang kita telah buat semasa di dalam entri kita. Seeloknya, kita menggunakan Labels yang sedikit dan tidak perlu terlalu banyak. 

Contoh Labels yang kita buat seperti pada gambar pertama tadi ialah resipi. 

Oleh itu, sedikit pengubahsuaian terhadap template perlu di lakukan dengan mengacau coding di dalam blog.

Mengenal pasti menu di panel navigasi

Menu di panel navigasi boleh di pelbagaikan. Kita harus mengenal pasti menu yang kita mahu di dalam blog kita. Antara contoh menu yang ada ialah:-

Single Menu

Drop Menu

Drop Down Menu
Pengendali blog kadang-kadang mempunyai pelbagai Labels di blog yang berkaitan dengan apa yang di ceritakan di blog mereka. Jadi, sebagai pengendali blog, kita perlu sorting Labels kita untuk di muatkan di dalam Menu di panel navigasi.

Sesetengah template blog juga tidak menyediakan Drop Down Menu dan hanya menyediakan Drop Menu. Semua ini bergantung kepada template.

Bagi memudahkan kita, kita ambil contoh menggunakan Single Menu dan juga Drop Menu.

Edit Panel Navigasi

1. Pergi ke template dan klik Edit HTML


2. Tekan tetikus di dalam ruangan coding dan tekan CTRL+F dan akan keluar kotak Search seperti di dalam nombor 1 di bawah ini. Kemudian masukkan menu yang terdapat di dalam panel navigasi template blog. Di dalam panel navigasi kita, terdapat perkataan Home, Features, Freedom dll. Kita ambil perkataan selain dari Home iaitu Features dan boleh juga ambil perkataan Freedom supaya pencarian kita tepat seperti pada nombor 2 di bawah.



3. Kenal pasti Menu yang hendak di gunakan. Di sini kita akan menggunakan Single Menu dan Drop Menu sahaja. Oleh itu, kita boleh deleta sahaja coding Drop Down Menu di bawah ini. 


Sila pastikan terlebih dahulu Drop Down Menu kita sama dengan apa yang ada di panel navigasi kita sebelum kita delete. Jika betul, maka, boleh lah kita delete.


Untuk delete coding Drop Down Menu highlightkan perkataan yang kita hendak delete.


Setelah kita highlight perkataan itu, pastikan jangan kita delete ikut sesedap rasa. Pastikan kita delete sebelum code <ul> dan juga </nav> seperti di bawah.



4. Untuk memasukkan labels kita, kita perlu masukkan coding ini di dalam tanda ' ' yang terletak di href= ' ' seperti pada anak panah merah sebelah kiri. Masukkan ini http://NAMABLOGKITA.blogspot.com/search/label/resipi. Dan juga tukar perkataan Features kepada Resipi.


Contoh coding yang telah di masukkan. Sebagai contoh, Labels resipiasia di letakkan sebagai pecahan kepada Menu Resipi kita. Dengan ini, pembaca akan cepat mencari apa yang mereka mahu. Labels yang di gunakan ini adalah Labels apa yang ada di blog anda. Jika kita mengketegorikan Labels kita, maka, panel navigasi kita akan lebih tersusun.



Setelah kita masukkan coding tadi, kita buka blog kita dan lihat hasilnya.


16 comments:

  1. bagus la buat tutorial ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq bro. tapi setiap template tak sama coding dia. yg ni blh buat reference

      Delete
  2. Wah tutorial Ewan complete..Senang dan mudah jer bila baca kan kan kan tapi hambek kau bila Kak Lya tgk coding2 yang bagai2 gtuu tu tu tu naik poning kepala sudahh..Pasni mintak tlg edit template ahkak yaa hehehe... Singgah dari #exchangefeedgroup #kelabbloggerbenashaari

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...mula2 mmg pening. tp bila da fhm, senang je

      Delete
  3. sy suka, sy suka... dengan tuto ni

    ReplyDelete
  4. kena fahamkan supaya tak pening, ...agak2 boleh ka?? hurmm

    ReplyDelete
  5. patut lah Shahira kata kenyang makan coding......!! hehehehehee... :)

    ReplyDelete
  6. duk baca punya baca... nampak senang tapi bila buat jem.. help..helppp
    #Exchangefeedgroup

    ReplyDelete
  7. yg ada sub menu tab yg malas nak update listing.. huhu

    ReplyDelete
  8. Boleh cuba ni,setakat ni cn berani edit template dkt blog lain,blog ori tak beraniblg,mau menangis klu tak jadi

    ReplyDelete
  9. klau la berseni mcm abe we..buat je jadi... adoiii.... tengok pon dh pening..huhu

    ReplyDelete
  10. pening juga main dgn coding ni kan

    ReplyDelete
  11. teknik edit panel navigasi yang awesome

    ReplyDelete
  12. terima kasih diatas tutorial panjang lebar ni. baru nak amalkan

    ReplyDelete