Misi mencari langsir
Oleh kerana Abe We hendak menjadi warganegara +Nazlee Ismail PCL dan juga +Cikgu Norazimah makanya Abe We, Mama Harraz dan Danish Harraz pun memulakan misi pencarian LTA21DTM iaitu Langsir Terhebat Abad 21 Di The Mines!!!! (gaya cakap macam Papa Zola)
Bermula Sebuah Cerita
Pada hari Sabtu lepas, Mama Harraz dengan nenek Harraz berdua pergilah ke Nilai 1. Abe We tak dapat ikut atas sebab-sebab kesihatan. Balik petang tu, Mama Harraz pun ceritalah......
Mama Harraz "Mama dah tanya 1 kedai ni, paling murah dekat Nilai. Dia nak RM3+++ siap pasang semua".
Abe We "Mahal gila RM3+++"
Mama Harraz "Ye lah. Nak pasang eyelet lagi. Lepas tu dia datang rumah pasang rail lagi"
Abe We "Siapa yang jahit kat kedai tu?"
Mama Harraz "Bangla"
Abe We "Errkkkk......"
Nenek Harraz "Sekarang mana-mana kedai pun Bangla tukang jahit"
Mama Harraz "Tapi kan Pa...."
Abe We "Ada tapi?"
Mama Harraz "Bangla tu boleh bagi murah. RM2,600.00."
Abe We "Aik...ape hal boleh bagi murah pula?"
Mama Harraz "Macam ni. Bangla tu kata, dia ambil upah jahit je. Tapi jangan bagi tahu kedai tu. Kiranya Bangla ni "curi" customer kedai tu la"
Abe We "Pulak dah...boleh plak gittew. Teruk Bangla ni."
Mama Harraz "Bangla ni cerita, dia sudah kerja kat sini 15 tahun"
Abe We memang tak percaya kalau Bangla buat kerja. Lagi-lagilah dalam kes ni.
Mama Harraz "Bangla tu cakap, kalau confirm bagi tahu dia. Nanti dia siap pasang semua, baru bayar dekat dia"
Hmmm...tak eloklah macam ni kan? Sian tokeh dia. Walaupun tokeh dia dah kaya, tapi janganlah tipu macam ni. Dosa....mati keras nanti...heheheee...
Pertengahan Cerita
Malam tu Mama Harraz sibuklah tekan kalkulator dia. Dok kira itu ini. Then, Mama Harraz approach Abe We. "Esok kita pergi Jakel nak? Tak pun The Mines"
Abe We pun ok kan aje lah. Dan esoknya kami ke The Mines sebab malas nak pergi Jakel.
Masuk-masuk je Tewah ni terus bernafsu. Tengoklah. Macam-macam ada. Tahun lepas Abe We dengan Mama Harraz pergi sini belikan kain cadar untuk Danish. Tahun ni nak beli langsir pula.
Pakai langsir blackout ni mesti best. Mama Harraz cakap, masa dekat Nilai, dia pilih yang blackout ni. Tapi tak banyak pilihan. Kat sini ada 90% blackout, 100% blackout. Bila kira-kira, rasa macam kita pula nak blackout. hahaha
Design dia pun cantik-cantik.
Syoknya bau bantal busyuk saya |
Tengoklah Danish. Dari masuk kedai sampai keluar kedai, tidur je. Selamatlah dia tidur, senang nak pilih kain. Comelkan bantal busuk dia. Kain corak bunga U. Nenek cakap tak pe corak apa pun, janji kain cotton. Danish ada 2 corak. Satu yang bunga ni, 1 lagi gambar Paul Frank. Paul Frank ada 2 helai.
Jalan sempit. Macam main maze.
Bagi best price ye bang |
Satu yang Abe We suka kedai Tewah ni, pekerja dia memang bagus. Mula-mula kalau kita masuk, pekerja dia macam tak layan kita. Tapi bila kita panggil dia, masa tu diorang ni barulah cooperative. Memang baguslah diorang ni. Mama Harraz suruh dia kirakan total langsir yang nak gunakan, dia memang bagi total betul-betul. Mama bagi ukuran frame-to-frame je, tapi dia kira siap ada baki sekali. Mama cakap masa kat Nilai tu, Bangla tu kira, banyak gila baki kainnya. Tak macam kat Tewah ni. Diorang kira memang ngam-ngam untuk buat langsir. Tiadalah pembaziran amalan syaiton nir rojim berlaku.
Bila abang ni kira, total termasuk caj pemasangan RM2,600. Aik, sama macam Bangla tu. Tapi kalau dekat Tewah ni, kita boleh suruh dia repair kalau ada problem. Kalau buat dengan Bangla tu, entah macam mana rupa. Entah-entah, dapat duit, terus lesap
Selain langsir, kedai ni juga ada jual tinted tingkap. Tapi tengoklah bahasa dia tu. Rasanya macam spanish.
Pengakhiran sebuah cerita
Di akhir jelajah LTA21DTM, Mama Harraz pun ajak pergi Macy @ Minlon Serdang. Katanya harganya murah juga. Kualiti tip top.
Masuk-masuk Macy je Danish pergi dekat sofa ni. Memang comel sofa ni. Untuk budak kecik. hehe...
Jumpa sales person Macy ni, sekali dia kira, hmmm...harganya hanya mampu dengar je la. Last-last kita orang pusing-pusing tengok je la sofa, katil, karpet dan meja makan.
Hmm...mana satu nak beli ni ek? Pening-pening..... |
Wahhh untuk rumah baru...
ReplyDeletekene serba baru yea tak ???? tak masuk nama bonde disitu... kita pon sempadan jer sebenonye he he he
aah la. lupa nama bonda. next entri nnt sy tag nama bonda ye
Deletekak ain pun.....!! berjiran-sempadan-berdekatan lah kita nanti ye... hehehehehe... :)
Deleteaah...ramai duduk sempadan ni..heheee
Deletemak aihh abe wee. sempat buat semua. betul2 macam papa zola ni. huhuhu
ReplyDeletebetul tu wahai anak muridku
Deletepergh. beriban harganya ya....
ReplyDeletememang beriban aina....tak terjangkau dek akalku
Deletesemangat nak masuk rumah baru macam tu ewan... tu belum bab pilih lampu, cat, wall paper lagi... apa2 pun yang best tgk boss kecik dengan bantal bucuknya huhu :)
ReplyDeletelampu, kipas, cat, kitchen cabinet, es bok, mesin dobi, furniture, tv, internet...............
Deletejangan percaya lah Bangla yang kata nak bagi harga murah tu.... :(
ReplyDeleteaah. da pnh terkena......memang putar 398.52 darjah
Deletebestnya nak masuk rumah baru....
ReplyDeletetu la. xsbr nk msuk umah baru
Deletesemua sempadan-sempadan ke.. hahaa sempadan juga dengan cc rasanya....
ReplyDeleteRumah baru, semua baru, baru ada mood baru gamaknya.. kuikuikuiii
semua dekat2 je ni..kn?
Deletedah siap nanti share gambar ye ewan
ReplyDeleteinsya allah klu ingat...hehee
Deletenanti nak tengok rumah baruuu..hihi... ucukkk la bantal danish tu.,..hahah... gambar last tu mcm danish nak isytihar puasa plak..hahah
ReplyDeletepengumum penyimpan mohor besar Papa Harraz...hahahaha
Deletetak sabar tunggu warganegara baru masuk ! hehe
ReplyDelete