How to fix invalid RSS feed
Intro
Terkadang di dalam dunia blog ini, kita sering bertukar-tukar feed sesama rakan bloggers yang lain tak kira yang berada di zuhal mahupun planet krypton.
Tetapi, mungkin kita terlepas pandang akan hal RSS Feed ini. Terkadang secara tiba-tiba dan tak sengaja mahupun terlepas pandang, blog kita invalid RSS Feed. Perkara sebegini berlaku tanpa disedari. Ia akan mengakibatkan rakan kita yang hendak feed url kita, tak boleh nak feed. Bila tanya owner blog, "Saya pun tak tahu"
Oleh itu dalam pasukan gerak khas berhaluan sederhana yang menggelarkan diri mereka #exchange feed group ini, kami yang mempunyai amalan tolong menolong yang tinggi telah berkongsi rahsia dan resipi bagaimana hendak memperbetulkan keadaan ni.
How to fix invalid RSS feed
Bila anda akan terperasan invalid RSS feed ini?
Semasa anda mengisi widget Blog List, anda di minta untuk memasukkan url blog rakan anda. Dan setelah mengisinya, dan selepas tekan butang Continue, terpapar tulisan berwarna merah menyatakan Invalid URL Address.
Bagaimana cara mengatasi Invalid RSS Feed ini?
Pertamanya, kita perlu menyemak Site Feed yang berada di Setting>Other. Sesetengah blog berkemungkinan meletakkan Post Feed Redirect URL seperti contoh di bawah. Kita perlu mengosongkan ruangan Post Feed Redirect URL.
Setelah mengosongkan ruangan Post Feed Redirect URL, anda perlu menguji url anda. Jika tiada masalah, anda tidak perlu membuat apa-apa. Jika masih terus bermasalah, boleh tukar Allow Blog Feed seperti di bawah.
Setelah mengosongkan ruangan Post Feed Redirect URL, anda perlu menguji url anda. Jika tiada masalah, anda tidak perlu membuat apa-apa. Jika masih terus bermasalah, boleh tukar Allow Blog Feed seperti di bawah.
Bagaimana mahu menguji url feed?
Mudah sahaja untuk mengujinya. Ikuti langkah ini.
1. Pergi ke blog, right click mouse dan klik View Page Source
2. Tekal CTRL+F dan taip Feeds. Kebiasaannya, url feed ini terletak di bahagian atas blog.
Contoh 1.
Contoh 2.
3. Setelah kita jumpa url feed tadi, klik url itu dan ia akan membawa kita ke satu page baru seperti ini.
Jika keluar page baru yang penuh dengan code ini, maka, feed anda tiada masalah. Jika tidak keluar page ini, bermakna page anda bermasalah.
Kadang kala, page ini keluar, tapi rakan anda masih tidak boleh feed lagi. Url feed anda perlukan masa untuk di aktifkan. Kadang kala mungkin esoknya baru feed anda ok dan tiada masalah.
Bagaimana jika tidak boleh feed url?
1. Pergi ke https://feedburner.google.com dan log in menggunakan akaun gmail anda
2. Masukkan alamat blog, tick kotak kecil sebelah I am a podcaster dan klik Next
3. Ambil sahaja pilihan pertama dan klik Next
4. Feedburner akan mengeluarkan Feed Title dan Feed Address secara automatik. Anda boleh ubah. Jika Feed Title itu sudah di miliki oleh orang lain gunakan sahaja yang di berikan itu. Klik Next
5. Klik Skip
6. Siap. Tunggu seketika sebelum Feedburner memperbetulkan feed url anda. Mungkin mengambil masa 1 hari.
baru tau, tqvm info ini...
ReplyDeleteermm.. kena simpan ni..
ReplyDeletemana la tahu blog kak ain pulak terkena nanti... :)
Info yg bagus. Nak kena feed dlm simpanan ni...tq
ReplyDeleteoh no codding... :(
ReplyDeletecoding ni kita tengok2, jeling2 je
Deleteohhh ni yg kate view page source tu...hahha.. ari tu blur2 lagi... iye kan je ape abe we kate..hahha... oke2...faham cikgu :D
ReplyDeletemudah je kn?
Deletenice sharing abg wan. tenkiuw. tapi nak tanya.... abg wan ada kawan dri planet zuhal ke? hahahahaha >___<
ReplyDeleteCN pun nak tanya soklan yang sama gak, ada ke kawan dari planet zuhal? dasyat tu ;)
Deletekakaka...kot lepas ni dapat kwn dr planet zuhal
Deletegood info abg ewan..thanksss :) sapa tu kwan dri planet zuhal mahupun krypton??..hahah!
ReplyDeletehahaha...tgh cr kawan dari sana
DeleteSha dah cek. Coding yg banyak2 tu ade je keluar. Tapi, still ade problem orang nak feed blog Sha. Uhuhu. kena guna feedburner agaknya
ReplyDeletePening tengok coding yang banyak2 tue.. tapi alhamdulillah, berjaya menggunakan tuto nie. tqvm
ReplyDeletebagaimana jika keluar code tapi masih tidak ok di bloglist
ReplyDeleteNanti kita arrange meeting dgn Google
Delete