Cara beli domain NetKL dan pasang di blog
Setelah berjaya memasang domain .com secara sendiri, Abe We sekali lagi mahu berkongsi cara membeli domain di NetKL dan juga cara memasangnya di blog. Selain dari Abe We buat sendiri, Abe We juga ikut tutorial dari tojiali.com. Tetapi kali ini, Abe We buat tutorial lebih padat sikit dan menggunakan/meminjam sumber dari tojiali.com.
Untuk pengetahuan harga domain ialah RM35. Manakala kos pemasangan oleh pihak NetKL ialah RM3. Ianya adalah optional. Yang mana kita perlu membayar RM35 dahulu bagi pengaktifan domain. Manakala RM3 untuk mereka yang tidak mahu peningkan kepala untuk set up domain secara sendirian.
Perlu di ingatkan juga, setelah membuat bayaran, emailkan bukti pembayaran. Dan apabila NetKL telah terima email kita dan dia akan hantar email sekali lagi menyatakan domain kita telah aktif, kita perlu membalas email itu dengan menyatakan kita mahu pasang di blog. NetKL akan memberikan nombor ip yang perlu kita gunakan dalam tutorial ini.
Hanya perlu ikuti langkah-langkah di bawah ini.
Cara beli domain NetKL
1. Masuk ke laman web NetKL dan klik Domains.
2. Masukkan nama blog kita
3. Kalau nama blog kita masih belum berpunya, klik Order Now.
4. Terus klil update cart sahaja. Atau boleh juga bayar RM10.00 untuk id protection. Ikut bajet anda.
5. Klik Checkout
6. Masukkan detail anda dan klik Complete Order
7. Cek email anda.
NetKL akan menghantar invois. Anda perlu bayar melalui bank yang di nyatakan di website mereka.
8. Apabila anda sudah membuat pembayaran, masuk balik ke website NetKL dan log in.
9. Pergi ke Submit Ticket yang berada di sebelah kanan.
10. Pilih Sales dan klik.
11. Masukkan subject (payment proof for namadomainanda). Di kotak Related Service, pilih opsyen Domain - namadomainanda.com. Masukkan bukti pembayaran dan klik submit.
12. NetKL akan menghantar email menyatakan anda telah membuat pembayaran.
13. Satu email akan di hantar sekali lagi dengan menyatakan domain anda telah aktif. Apa yang anda perlu buat ialah balas email ini dengan menyatakan anda ingin setting domain di blogspot. Anda perlu balas email ini. Kemudian anda perlu klik pada nombor 2 di dalam gambar itu.
14. Setelah itu NetKL akan membalas email anda dengan memberi email seperti ini.
15. Pada cara ke 13 tadi, setelah kita klik pada nombor 2, akan keluar seperti ini. Jika anda tidak boleh log in, anda perlu klik forgot your password dan cek email anda. Setelah anda set up password baru, masukkan alamat emal dan password baru di sini.
16. Setelah berjaya log in, pergi ke Manage Orders>List/Search Orders
17. Akan terpapar seperti di gambar bawah ini dan klik pada nama domain anda.
18. Skroll ke bawah dan cari Manage DNS
Untuk ruang Host Name, biarkan kosong. Biarkan nilai default pada TTL. Untuk IPv4 Address, masukkan 216.239.32.21
Tekan Add Record.
Kemudian ulang langkah 19 degan Tekan lagi Add A Record macam dalam langkah yang ditanda (Note *) di atas.
Masukkan nombor IP seperti di langkah 14 di Destination IPv4 Address berikut:
216.239.34.21
216.239.36.21
216.239.38.21
20. Selepas itu akan kelihatan seperti ini setelah anda memasukkan ke semua nombor ip tadi
21. Seterusnya klik pada CNAME Records. Klik pada Add CNAME Record. (Note **)
Untuk Value, tick pada pilihan kedua dan taip ghs.google.com
TTL biarkan default macam tu.
Klik Add Record.
Cara pasang domain di blog
>>Pergi balik ke langkah 21 yang ditanda (Note **). Klik Add CNAME Record.
Kalau tadi kita masukkan www dan ghs.google.com, kali ni kita masukkan kod 1 dan kod 2 pula.
24. Pergi semula ke blog. Masukkan sekali lagi domain anda. Tetapi kali ini, masih juga keluar error. Jangan bimbang. Ini kerana domain anda belum di aktifkan lagi. Ia mengambil masa paling cepat 15 minit dan paling lambat 3 jam. Selepas 3 jam barulah ia aktif.
Fuhh detail caranya klau tsk reti jugsk tatau laa ..thanks sharing ewan..
ReplyDeleteini cara yg terbaik utk blogger , kena buat sendiri baru boleh pandai...kan cikgu!. Tapi pcl tak... ambik cara mudah tapi kena keluar belanja lah...apa pun buat sendiri yg terbaik dan ada dah tutorial lengkap...pasti boleh punya !
ReplyDeletetuto yang giler panjang...haha....kena baca betul2. sebab klu just ikut gambar shj, xakan jadi. cara paling mudah, suruh provider buatkan. hehehe
DeleteEntri yang bermanfaat semoga memudahkan mereka yang lain
ReplyDeletetq
Deletefeninggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg
ReplyDeleteu kenduit
Deleteperrrgggghhhh....!! *tepukan gemuruh atas kesungguhan Ewan buat tutorial ni... gigih nya...!!*
ReplyDeletehehehehehee... :)
apapun thanks Ewan...
Uish..nampak macam susah je nak ada domain sendiri? hahaha. rasanya saya nak guna domain blogspot dulu kut. Ke camana?
ReplyDeleteejoy blh pki blogspot dulu. bila dah konfiden nk pki domain nnt tukar la. pki domain baru ada trademark sendiri
Deletedomain saya tk leh detect :( banyak kali dah buat
ReplyDeleteaah. kosong je....plik gak
DeleteTq mama cedok ilmu kat sini
ReplyDeleteAlamak.. Complicated nye cara. Pening sekejap... Btw, thanks sharing
ReplyDelete